Wednesday, 24 October 2012

CINTA TANPA WAJAH


CINTA TAK BERWAJAH


Pengenalan:


Ismadi adalah seorang yang puitis,suka berpuisi,menulis sajak dan bermadah pujangga.Susunan kata-katanya memang indah,amat menarik hati pembaca dan begitu menusuk ke sukma.Bila menulis tentang cinta..aduhai..seolah-olah pembaca turut terseret sekali didalam dunia fantasinya.Seandainya dia berperanan sebagai Uda,pembaca wanita merasakan diri merekalah Daranya..hmm begitulah hebatnya panahan kata-katanya..bak anak panah arjuna yang terlepas dari busurnya..akan terus menikam kesukma,bergeloralah rasa dan berbunga-bungalah perasaan.tidur tak lena di buatnya...aduhaii.

Dengan menjadikan laman sesawang 'face book' sebagai pentas penulisannya,ia tekun berkarya saban hari.Semakin hari semakin ramai yang meminta menjadi rakannya sehingga dah mencecah ribuan orang peminatnya.Dari belbagai golongan dan latar belakang mereka semua amat berbangga untuk bersahabat dengannya.Bukan sahaja remaja2 yang masih bersekolah,para2 gadis hingga isteri2 orang pun amat berminat pada beliau dan penulisannya.Dari yang masih belajar hingga yang berkedudukan tinggi,malah ada juga beberapa orang mak datin yang menjadi peminat setia beliau...hmmm bertuahnya badan...ahakkkkk..

Masa silih berganti..sedar tak sedar sudah bertahun juga lah ia menjadi pujaan ribuan peminat di alam maya.Bermula dari hanya berminat dengan penulisanya,kini ramai pula yang beralih rasa berminat pula dengan orangnya.Bak kata pepatah tak mencuba tak merasa,tak berkenalan maka tak cinta..heeheehee..maka bermulalah episod-episod cintanya.Episod cinta maya..cinta tak berwajah.Sebabnya..Ismadi tidak pernah meletakkan gambar wajahnya yang sebenar didalam profil peribadi beliau...

1.

BAB 1: MENITI DILEMA.

Ismadi adalah seorang jurutera di salah sebuah ajensi kerajaan.Walaupun mempunyai pendapatan yang lumayam,tetapi hobinya yang suka menulis menjadikan dia seorang yang kurang bersosial.Dia lebih suka berkurung di dalam kamar sendirian,bertemankan komputer riba yang tak pernah berenggang jauh darinya.Itulah kawan karibnya,kekasih hatinya...Kalau rakan2 nya yang lain suka berhiburan di kelab2 ataupun pergi berpelesaran dengan pacar masing2,dia lebih senang bersantai sendirian dan berkarya semahunya di kamar pengapnya.

Balik dari tempat kerjanya setiba di rumah,seperti biasa Ismadi akan mandi dan membersihkan diri terlebih dahulu.Selepas mengerjakan solat magrib seperti biasa dia akan keluar semula ke kedai makan kegemarannya memesan semangkuk tomyam campur,telor dadar,kangkong goreng belacan dan sepinggan nasi putih sebagai rutin hidangan malam kegemarannya.Setelah habis menjamu selera akan terus pulang ke rumah dan menunaikan solat isyak.Tak pernah juga dia nak ke surau yang terletak tak sampai pun satu kilometer dari rumahnya.Ini semua adalah gara-gara taksudnya dia nak berkarya di halaman maya yang menjadi rutinnya di masa yang terluang.Sehabis saja memberi salam di tahyat akhir sembahyang,matanya terus saja menjeling ke komputer ribanya yang tersedia menanti di atas katilnya.Bangun dan terus melangkah ke katinya lantas mencapai komputernya.Sambil berbaring santai ia mula menulis apa saja yang terlintas di fikirannya.

Dan secara tiba-tiba masuk satu pesanan ringkas di kotak chatnya.
"Assalamualaikum.."ringkas saja hantaran tesebut.Dari seseorang yang menggelarkan dirinya Anggerik Rimba.Wahh..siapa pula nie..getus hati Ismadi,dia memang tak suka menghantar dan tak pernahpun sesekali mencuba untuk berbual-bual di kotak bual.
"Waalaikum salam.."ringkas juga jawapan yang di berinya.Sebagai orang islam memang di wajibkan untuk menjawap salam seseorang,jadi hendak tak hendak perlu di jawap juga.Kemudian hanya simbol wajah tersenyum yang muncul..diikuti pula satu pertanyaan bersahaja..
"Maaf mengganggu..dah makan malam ke.."bertanya lagi si penghantar pesan.
"Dah..ada apa-apa yang boleh saya bantu.."menjawap secara formal,macam seorang operetor talipun.Maklumlah orang yang tak biasa nak berchating memang agak kekok sedikit.
"Hehehe.."ketawa pula sipengirim..mungkin agak geli hati.
"Awak nie..tak de apalah..cuma nak berkenalan dengan awak..boleh ke..panggil saya anggerik atau AG je..saya mengganggu ke nie..maaflah..sebenarnya saya amat berminat dengan karya awak sungguh indah....;-)",agak menjela-jela pesanan seterus dari anggerik rimba.

Terus hilang idea Ismadi untuk menulis setelah terganggu dengan kemuncul pesanan anggerik tadi.Rasa nak marah pun ada juga,tapi bila memikirkan yang anggerik itu adalah peminatnya,terasa juga satu kebanggaan di hatinya..
"Taklah.. cuma saya tak biasa berchating nie..dan sebenarnya tadi saya sedang menulis..terus hilang idea..tapi takpelah..."jawap Ismadi membalas semula.
"Ya ke awakkkk....isshh maafkan Ag yaa..so sorry...tak bermaksud nak mengganggu..tapi hati dah tak tertahan dah nak berbual dengan awak..kalau awak marah tak pelah..saya mohon maaf dan minta diri dulu ya..."pesanan dari anggerik menerjah lagi.Ismadi semakin serba salah,nak di benarkan anggerik mengundur diri,terasa pula dirinya sombang.Nanti peminat lari dan tak de siapa nak 'Like' dan 'comment' penulisannya ..haru juga..macam menulis untuk diri sendiri je nanti.Iya tak iya..layan jelah..Dari berbual biasa,bertanya-tanya kabar,asal-usal dari mana,kerja kat mana,tinggal di mana,sambil-sambil berbicara tentang puisi,sehingga terleka dan tak sedar sudah jam 3.00pagi mereka masih berchating lagi.

"Anggerik..awak tak tidur dah jam 3.00pagi nie..takde siapa yang marah ke.."Ismadi melontarkan pertanya dengan rasa agak curiga.
"Tak siapalah yang nak marah kita..xtahu lau awak.takut juga wife awak marah awak nanti.."serkap anggerik pula menguji Ismadi.
"Isshh takdelah..saya bujang lagilah mana ada wife...takut habby awak je yang marah nanti.."Ismadi cuba mencari kepastian.Tadi di tinjaunya profile anggerik rimba,tak banyak jawapan yang boleh didapatinya.Status anggerik agak kabur..malah gambar wajah anggerik sendiri satupun tak di temuinya..yang ada hanyalah gambar artis2 atau wanita yang berwajah seindah model yang tak pasti adakah salah seorang darinya adalah anggerik rimba.Entah siapalah anggerik rimba yang sebenar sudah mula menjadi tanda tanya di benak fikirannya.

"Anggerik..gambar awak yang mana satu eakk..."Ismadi menghantar satu masej pertanyaan ke kotak pesanan anggerik.
"Awak agak2 yang mana satu...carilah kat profile Ag tuu..salah seorangnya adalah saya.."Anggerik membalas pesanan dari Ismadi.Ismadi menyemak kembali ke profil anggerik yang penuh dengan gambar gadis2 cantik tu.Cuma ada satu dua gambar yang berpasangan dengan wanita yang agak berumur sedikit,tapi kalau nak kira boleh tahan jugalah.Ahh..tak payah carilah..getus hati Ismadi,semuanya kira ok je..tersenyum Ismadi sendirian.
"Awaklah tunjukkan yang mana satu awak..susah saya nak teka...banyak sangat gadis-gadis cantik..rambang mata saya.."Ismadi berselorah dalam pesanannya.
"Hehehe..nak yang cantik je ke...lau tak cantik tak nak kawan ke..."Anggerik membalas.
"Tak lah camtu awak...apa nak kira ...kawan jelah..heehee.."Ismadi membalas agak termalu.

"Awak tengok gambar yang kat jambatan taman bunga tu ya..ada dua orang nan jelita kat situkan..salah satunya adalah saya..sorang pakai baju t warna oren dan seorang lagi yang pakai warna merah..selebihnya..plss...jangan tanya lagi tau..nnti i majuk..",panjang berjela kali nie masej dari anggerik memberikan pembayang siapa dirinya.Sekali lagi juga Ismadi dengan pantas klik semula membuka profil anggerik mencari gambar yang di maksudkan.Terjumpa je gambar tersebut terus di teliti penuh khusuk.Wahh..dua-dua pun mengancam,yang muda ni agak kurus kering tapi tersangatlah cantiknya.Dengan rambut yang panjang terurus amat menarik perhatian Ismadi.Dan yang seorang lagi agak berumur,mungkin lingkuan 35 ke atas tapi tampak solid berisi,juga berambut panjang mengurai dan tak kurang comelnya.Hmmm oraitlah camne kata Ismadi di dalam hatinya.

"Cakaplah awak...awak yang mana satu ni..saya dah terjatuh hati dah ni..dua-dua cantik dan menarik nie..."Ismadi cuba lagi meminta penjelasan dari anggerik.
"Heehee awak nie..lum apa-apa dah jatuh hati..hmm kalau dua-dua pun awak berkenan anggap jelah saya yang mana satu pun ya...;p".Dengan masej yang agak mengejek Anggerik membalas mesej Ismadi.
"Heeheehee.."Ismadi pula yang tertawa dan termalu dan teruslah mereka berbalas-balas sehingga berbunyi azan subuh sayup-sayup berkumandang dari surau yang berhampiran.Tersentak Ismadi lantas beristighafar..astafirullah...dah subuh rupanya..masyaAllah..dari tak berapa sangat nak berchating tetapi pada kali ini di telah terhanyut bersama lenggokan anggerik rimba sehingga subuh.

"Ag..dah subuhlah..kita stop ya..saya nak solat dulu..lagi pun saya nak tidur kejap..sok nak kerja..."Ismadi meminta pengertian dari anggerik agar perbualan mereka di tamatkan setakat itu.
"Ya lah awak..seronak sangat berbual ngan awak..rasa nak sambung sampai pagi esok je.."Anggerik membalas.
"Besoklah kita sambung lagi ya..esokkan hari jumaat..sabtu saya tak kerja..jadi kalau nak chat sampai ahad pun tak pe..heeheehee.."Ismadi berseloroh.
"Ok sayang..tapi janji tau.. Ag tunggu Iss tau..",balas Anggerik segera.Terkedu Ismadi menerima panggilan sayang dari seorang perempuan yang bernama Anggerik rimba.
"Emmm..Iss janji..nanti kita chat lagi ya.."Balas Ismadi.
"Okkk...bye Iss sayangggg...jumpa sok tau..janji.Ya Ag..Isss janjjilah ni..bye..Bye sayang....muaahhhh..",sekali Anggerik memeberi kejutan.Berkerut juga kening Ismadi di buatnya,tapi tanpa juga riak suka di mukanya.Bye..see you balas Ismadi buat kali terakhir lantas menekan perkataan 'log out' pada komputernya.Dan perbualan pertamanya bersama anggerik rimba pun terhenti setakat itu.Setelah selesai menunaikan solat subuh,Ismadi cuba untuk tidur seketika menanti pagi.

GADIS TANPA WAJAH

Gadis itu
Dibalik wajah 
Nan retak seribu
Siapakah kamu
Menghampiriku
Dalam bicara berlagu
Nada suaramu merdu
Bak buluh perindu
Membelai sukmaku
Hingga tertawan 
Kalbuku...

Gadis itu
Alunan bicaramu 
Mengundang rindu
Walau hanya cuma
Dibawa angin lalu
Menyapa nyaman
Didadaku
Lantas aku terduduk lesu
Sering teringat akan kamu
Yang membawa diriku
Ke alam maya kasihmu

Gadis itu
Dibalik wajah 
Nan retak seribu
Mencipta rinduku
Meresah jiwaku
Di dalam kesamaran
Aku memburu
Gadis misteri
Dibalik wajah itu
Yang mencetus
Rasa rindu
Bersama dendam
Yang membeku...

Malam itu..sambil-sambil Ismadi menunggu kehadiran Anggerik Rimba menyapa,sempat jugalah di ciptanya sebuah sajak.Jam di dinding kamarnya telah pun menunjukkan pukul 10.00 malam.Keresahan telah mula melanda perasaannya.Ingatannya terhadap AG kian bergelora.Walaupun baru hanya berchating sekali,tapi telah tertanam satu perasaan di dalam jiwanya.Maklumlah selama ini dia tak pernah di layan sebegitu mesra.Bait-bait kata AG di dalam kotak chatnya di bacanya berulang kali.Gurau senda dan cara AG mengusiknya amat menghiburkan hati.

Tapi dah pukul berapa nie..aduhh mana lah si AG ni pegi..merungut Ismadi seorang diri.Kalau tauu camne..lebih baik aku ikut Ikram dan herman pergi 'Clubing'.Tak dapat awek pun,asal enjoy sesekali best juga...hmmm.Mengeluh lagi Ismadi seorang diri.Di lihatnya di kotak 'chat box' memang ramai yang 'on line' ada 130 semuanya.Di bacanya satu persatu nama yang terpapar.Ramai yang memang sudah biasa menyapanya.Tetapi itu cuma di 'wall',memang mereka suka 'like' penulisan beliau dan memberi komen.Terasa juga Ismadi nak klik salah seorang dari mereka.Di tatapnya wajah mea yang nampak sungguh comel dan amat manis penampilannya.Di kliknya pula profil Mea Zarra untuk mendapatkan kepastian tetang statusnya yang sebenar.

Emmm..yang ini memang asli ni..tak berselindung di balik wajah yang palsu..wahh cantiknya awek nie..tubuhpun mengasikkan.Tersenyum Ismadi seorang diri,berangan-angan andainya Mea Zarra tu sudi berkenalan dan menjadi teman wanitanya.Dah termula berchating,maka timbullah keinginannya untuk memulakan satu hobi yang baru bagi dirinya itu.Namun tiada lagi keberanian dalam diri,terfikir-fikir untuk memulakan.Takut tak tahu nanti bagaimana nak di mulakan bicara.Lainlah kalau orang lain yang mulakan dulu,ahhhh...nanti2lah getus hatinya.

"Hii..Iss sayang..hmmm..sorry AG terlewat sikit.."Tiba-tiba akhirnya sampai juga pesanan yang di tunggu-tunggunya.Ismadi terkedu seketika,tak terasa pula untuknya membalas pesanan tersebut.Di biarkannya agak lama,membiarkan anggerik rimba pula yang ternanti-nanti.
"Iss..nape nie..marah AG ke..sorrylah..tadi line tak clearlah..",masuk lagi pesanan dari AG.
"Hmm..line apa yang tak claer..tnet problem ke.."Ismadi membalas pesanan untuk mencari jawapan.
"Haa..tnet kat tempat AG nie cam siput..sangkut2..Iss tak marah AG kan...;-).."Anggerik terus memujuk.Haii..camne line kat umah aku ni elok je..taman perumahan aku dengan dia bukannya jauh sangat,hari tu dia cakap pakai celcom broadband..aku pun..hmmm..Ismadi berkata sendiri di dalam hati.Terfikir-fikir dia untuk membalas pesanan dari anggerik semula.

"Iss..plss...jangan marah AG ok..AG betul2 minta maaf nie...Rayu Anggerik memohon simpati.Emmm ok..Iss xmarahlah..cuma boring je tunggu lama..dah kul 11.00 nie tau..sib baik Iss xoff 9 jew..",balas Ismadi dalam nada merajuk.
"Alaahh sayang nie..majuk ya..meh sini kat AG...nak pujuk dia..meh dekat ngan AG ni..alalalahh..manje nii majuk nie..."Tergelak Ismadi membaca meseg yang terpapar di peti pesanannya.Geligeleman juga terasa di sanubarinya.
"Hahaha..pandainyalah nak pujuk tu.."balas Ismadi.
"Hmm..camtulah..dah ketawa pun..hehehe..lau tak juga..AG gi je kat umah Iss tu..pujuk kat sana.."Anggerik pula membalas.
"Iyalah..mehlah..berani ke.."Ismadi menduga.Terasa ada kelainan di perasaannya.Dahlah malam semakin larut,hujan pula diluar rumah terdengar agak lebat denga cuaca malam yang agak dingin,berbual pula dengan AG dalam nada yang agak mengoda,terasa sedikit kehangatan pada rasanya.

"Betulll..AG datang betul2 nak..Iss tinggal sorangkan..",terkedu Ismadi membaca meseg yang tak di jangkanya tu.
"Iisshhh awak nie ngarutlah..buat Iss seriau jelahh..heehe.."Ismadi cuba menyembunyikan perasaannya.Lagipun baginya Anggerik Rimba hanya bercanda dan tak mungkin sanggup nak meredah hujan datang kerumahnya.Ishh.. takkan lah..kata Ismadi dalam hatinya.Tapi semalam Anggerik memang ada bertanya dan dia telahpun menyatakan alamat rumahnya secara jujur.Perumahannya dengan tempat tinggal Aggerikpun taklah jauh sangat,jadi sebagai sahabat dia merasakan tak salah kalau Anggerik tahu di mana dia tinggal.

"Iss...boleh ke..kalau AG nak datang rumah Iss nie..masuk lagi maseg dari Anggerik.Hmm datanglah kalau berani..redah hujan lebat tu..biar demam.."Ismadi membalas dengan unsur berjenaka.
"Nanti Iss siapkan kopi pekat lemak berkrim..tambah Iss lagi.."Tiba-tiba di lihatnya di monitor Anggerik teleh off9 dan di gantikan on9 talifon bimbit.Berderau hatinya.
"Anggerik...u nak gi mana tu.."Ismadi cepat-cepat menghantar meseg mencari kepastian.
"Ada lah...kejap ya..jangan off9 tau...",balas Anggerik.
"Ya lah..awak dah off komputer..awak nak kemana...adahal ke.."Ismadi bertanya lagi.Tapi tiada balasan dari Anggerik.Hai..kemana pula Anggerik nie nak pergi,takkanlah dia betul2 nak datang rumah aku ni..iss bahaya ni..berkata sendiri Ismadi dalam kebingungan.Jam sudah menunjukkan 11.45 malam.Sudah hampir setengah jam Ismadi termanggu-manggu sendiri.Nak menulis puisi dah takde mood,fikiran cuma tertumpu kepada Anggerik dan tertanya-tanya apakah sebenarnya yang sedang berlaku.
"Iss...buka pintu..AG ada kat depan pintu Iss ni..",tiba-tiba masuk maseg dari Aggerik Rimba terpapar di peti chat boxnya.Benar-benar terperanjat Ismadi membacanya.Memanglah tadi dia ada terdengar bunyi injin kereta berhenti di hadapan rumahnya.Tapi dia tak menyangka langsung yang datang tu Anggerik.Baginya mungkin jirannya Tony baru balik dari bersiar-siar.
"Iss...cepatlah buka pintu nie..plss..sejuk nie..",masuk lagi maseg dari Anggerik.Untuk mencari kepastian,Ismadi bergegas turun dari katil menuju ke pintu hadapan rumahnya.

Dan bila Ismadi membuka pintu hadapan rumahnya,kelihatanlah sesusuk tubuh wanita yang sedang menggigil kesejuk.Habis basah lenjun seluruh pakaian yang di pakainya.
"Iss..hii..sayalah Ag.."sapa yang ampunya tubuh sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
"Hii..ya..AG..saya Ismadi.."balas Ismadi menyambut huluran tangan tersebut dalam fikiran yang penuh kecelaruan.Tak tahu apa yang harus di lakukannya dalam suasana sebegitu.Langsung tak terlintas di fikirannya yang AG akan bertindak sedemikian rupa sehingga sanggup datang kerumahnya walaupun didalam suasana hujan yang turun bercurahan.Tambah-tambahan pula perkenalannya dengan AG baru saja bermula,tak sampai lagi 48 jam.Benar-benar meletakkan dirinya berada di dalam satu delema.Agak lama juga mereka berjabat tangan,terasa teramat dingin telapak tangan AG ketika itu.

"Iss tak nak ajak AG masuk ke...??..sejuklah kat luar nie...",tiba-tiba AG memecah kesunyian.
"Kunci pagar Iss tu ketat sangat..susah nak buka..lama AG mandi hujan tadi tau.."sambung AG lagi sambil merenung penuh sayu kedalam kolam mata Ismadi seolah-olah merayu dan memohon simpati.Ismadi yang seolah-olah terpaku dalam keresahan benar-benar merasa serba-salah.Takkan nak di halau pula si AG nie balik yekkk..getusnya di dalam hati.Kalau hari ni elok cerah tanpa hujan yang turun bercurahan dan AG pula tak kebasahan dan menggigil-gigil sebegini,mungkin jugalah di suruhnya saja AG balik saja dulu dan datang semula ke esokan harinya.Tapi bila mengenangkan situasi yang di hadapi AG ketika itu terasa juga belas kasian dan timbul rasa simpati di dalam dirinya.Lalu walaupun dalam perasaan yang berbelah-bagi di persilakannya jugalah si AG masuk ke dalam rumah

"Eermm..jomlah masuk"jemputnya dengan senyum tawar yang terpamer di wajah.
"Jom...AG terus ke bilik air saja ya..buka semua pakaian tu dan terus mandi tau..kalau tidak nanti awak boleh deman"kata Ismadi lagi seolah memberikan saranan.AG hanya mengangguk dan menuruti saja Ismadi yang memimpin tangannya masuk ke rumah dan terus menuju ke bilik air di dapur.Setelah memastikan yang AG sudah selamat masuk ke bilik air,Ismadi kembali semula keruang tamu untuk menutup pintu hadapan.Sambil itu sempat juga matanya meninjau-ninjau keluar pesekitaran seoleh -olah untuk memastikan tak ada orang lain yang melihat kehadiran AG di rumahnya.Terasa begitu hebat debaran di dadanya.Begitu hebat degupan jantungnya tuhan saja yang tahu.Suasana sebegini benar-benar menguji keperibadiannya dan meletakkan dirinya meniti delema.

Setelah merasakan agak selesa,Ismadi masuk kedalam biliknya untuk mencari sehelai kain pelikat dan sehelai baju t untuk di beri pakai pada AG bagi menggantikan pakaiannya yang sudah basah.Di capainya juga sehelai tuala bersih untuk di gunakan AG mengesat tubuhnya nanti.Kembali ke dapur masih lagi didengarnya curahan air paip di bilik air.Ismadi kemudian mengetuk pintu bilik air.."AG..nahhh.. ambil tuala dan pakaian nie..pakaian awak yang basah tu nanti bagi kat saya ya..saya nak spin dan keringkan"katanya sambil mengetuk lagi pintu bilik air."Ya Iss..kejap ya.."terdengar suara AG membalas dari dalam bilik air.Terdengar olehnya suara air paip sudah pun di matikan.Kemudian terdengar bunyi selak pintu bilik air di buka dan...Tiba-tiba terdengar suara Ag menjerit...seekor lipas menjalar di kakinya..
"Isssssssss.."terus membuka pintu lantas memeluk Iss di luar dgn tidak di sedari tanpa seurat penutup di tubuhnya.Iss terkaku terus..tak tahu apa yang perlu di lakukan nya..
"Nape ni Ag..apa yang menakutkan U.."Ismadi bertanya lalu secara spontan membalas pelukan Ag..sambil itu tangannya mengusap-usap belakang Ag dengan lembut..Tuala dan pakaian yang dipegangnya tadi sudah terlepas ke lantai.
  "Lipass Iss....Ag geli ngan lipassss.....eeeeeeeee..."sambil memaut erat tubuh Iss..membenamkan wajahnya didada Iss..terasa kehangatan tubuh Iss pd tubuhnya yg masih kuyup..namun matanya masih dipejamkan dalam mendakap tubuh Iss yg sasa itu.
  "Tenang AG..takde apa-apalah cuma lipaskan..AG..coll plzz.."Ismadi memujuk dan meleraikan pelukan mereka.Sempat juga mata nakalnya menjalar meneliti segenap inci tubuh yang terdedah di hadapannya.
  "Hiii..Iss tengok apa ni.."AG seolah baru tersedar dengan keadaan dirinya lalu cuba menutupi apa yang termampu dengan tangannya.

Sambil tersenyum simpul Iskandar mengutip tuala dan pakaian yang telah di sediakan nya tadi lalu di hulurkan kepada Ag.
"Nah..ambil tuala ni..pakailah kain dan baju Iss ni buat sementara ya..gi salin kat kamar Iss..dalam bilik air ni nanti takut ada lipas lagi.."katanya dalam senyuman yang sukar untuk di mengerti.Dengan wajah yang tersipu malu,Ag pantas mengambil tuala lalu membalut tubuhnya dengan segera.Kemudian mengambil kain pelikat dan baju t Ismadi untuk persalinan.
"Ag tompang salin dalam bilik Iss ya"katanya meminta ke izinan.
"Ermm gi salin cepat ya nanti masuk angin.. susah.."balas Ismadi sambil tertawa bergurau.
"Tak pelah masuk anginkan..nanti Iss buatlah sesuatu camne buang angin tu "Ag membalas semula sambil berlalu.Sempat juga dia menjelirkan lidahnya mengejek.Ismadi tersenyum tak sudah sambil matanya nakal memerhatikan liuk lentok tubuh Ag dari belakang.Kemudian Ismadi mendidihkan air untuk membuat milo panas sebagai penghangat tubuh Ag yang kedinginan,Sambil itu diambilnya pakai Ag yang basah tadi lalu di masukkan ke masin basuh untuk di 'spin'tujuan pengeringan.Setelah siap di buatnya segelas milo panas,diambilnya pakai Ag yang sudah agak kering itu.Di hidupkannya seterika untuk di gosoknya pakai tersebut sehingga betul-betul kering.

"Ag..dah salin pakaian ke..keluarlah..Iss dah buat milo panas ni.."laungnya memanggil Ag agar kembali kedapur.Tangannya pantas menyereka baju dan seluar ketat nylon Ag sehingga kering.Bila nak mengosok seluar dalam dan anak baju Ag,terasa berdebar-debar di dadanya.Fikirannya cepat mengingati dan terbayang yang Ag kini tidak berpakaian dalam.Seperti teragak-agak dan agak kekok di gosoknya juga pakaian dalam Ag itu sehingga sempurna kering.Namun Ag tak juga muncul-muncul dari bilik.Panggilannya tidak bersahut.Apa lagilah yang sedang di lakukan Ag di dalam kamarnya."Ag..keluarlah cepat..nanti sejuk pula milo ni..."namun senyap juga.Setelah selesai dan kering semua pakaian Ag di gosoknya,Ismadi pun pergilah kekamar tidurnya untuk melihat keadaan AG.Belum pun sempat sampai kekamar tiba-tiba Ag muncul sambil tersenyum-senyum.
"Lamanya tukar baju" tanya Ismadi.
"Susahlah Iss nak ikat kain pelikat nie..Ag mana pernah pakai kain pelikat "balas Ag sambil tersenyum manja.
"Emm..ye lah..dah lah..jom minum milo tu cepat..biar panas sikit tubuh u tu.."saran Ismadi.
"Ok boss..jom..teman Ag ya.." balas Ag sambil menarik tangan Ismadi mengikutnya ke dapur.Sempat juga dia menjeling pada pakaiannya yang sudah siap berlipat terletak di atas papan gosok.
"Is dah keringkan ke pakaian Ag tadi"tanya Ag agak keheranan.Ismadi cuma menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.
"Tq sayang.."dan sekilas Ag melayangkan satu ciuman kepipi Ismadi.Agak terperanjat juga dia sambil matanya tajam merenung wajah Ag.Ag hanya tersenyum manja dan terus menarik kerusi untuk duduk menikmati milo panas yang di buat Iss untuknya.
"Eemmm.. sedapnya..pandai Iss buat air..terasa nikmatnya.."Ag memuji rasa milo yang di hirupnya sambil matanya menjeling penuh manja pada Iss yang duduk di sebelahnya.


‎ "Ag...lepas minun ni nanti ..u tukar balik pakaian u..ya..kita pergi bersiar-siar menikmati keindahan malam selepas hujan..mesti bestkan..dan Iss nak .."tiba-tiba Ismadi bersuara,tapi belum sempat di habiskan ayatnya Ag pantas mencelah.Dia agak terkejut bila mendengar Ismadi berkata begitu.Terhenti tingkahnya untuk menghirup lagi milo panas yang di pegangnya,lalu di letakkannya semula ke atas meja.
"Napelak Iss..tak mahulah..dah dekat kul 1.00 pagi dah nie..lagi pun kat luar tu sejuklah..eemm kita lepak kat sini je key..."sampuknya segera.Sambil matanya merenung tajam kedalam kolam mata Ismadi mencari pengertian.
"Iss..plss..malam ni Ag nak menikmati kedinginan malam nie bersama Iss.."Ag merayu sambil jemarinya di letakkan di peha Ismadi.Meramas dan mengusap-ngusap lembut di situ.Renungan matanya semakin kuyu melayu.
"Tapi sejuk2 nie Iss rasa nak pekena sop ekor lak...hmm rasa lapar lah Ag..jom lah ya.."pujuk Iss balik..disambarlnya tangan Ag lalu di genggamnya dengan lembut dan mesra.
"Pastu nak gi mana..kita balik sini balik ya.."Ag pula melontarkan pertanyaan.
"emmm ok.."balas Ismadi sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.Dalam senyuman mesra memandang Ag di kepalanya sudah memutuskan untuk mencari jalan yang sebaiknya untuk membawa Ag keluar dari rumahnya.

Sesungguhnya Ismadi seolah-olah berada didalam dilema dengan kehadiran Ag yang secara tiba-tiba menerjah hadir di rumahnya.Sebagai seorang lelaki yang mempunyi naluri untuk berkasih sayang dengan wanita,terasa kehadiran itu sebagai satu anugerah.Terasa juga di hatinya untuk menikmati saat-saat indah dan berkasih sayang dengan Ag.Tapi sebagai seorang lelaki yang masih kuat berpegang kepada sifat ketimuran lelaki melayu yang beragama islam,terasa juga padanya yang kehadiran itu adalah satu bencana yang boleh membawa mala petaka dan kemungkinan akan menghancurkan kesejasteraan hidupnya.Jadi setelah di fikirkan..dia berusaha mencari jalan untuk menghindar.. namun tak mahu juga nak melukai hati sesiapa.Biarlah bak menarik rambut dalam tepung..rambut tak putus dan tepung tak berserakan.

Selepas bersiap dan bersalin pakaian maka Ismadi dan Ag pun keluarlah dari rumah tersebut.Hujan sudahpun berhenti..cuma sedikit gerimis saja yang berbaki.Dengan menaiki kereta Ag mereka pun pergilah kesebuah warung yang menjadi kegemaran Ismadi untuk menjamu selera.Setelah memesan sop ekor untuk Iss dan sup ayam buat Ag bersama dua gelas milo ais,mereka mulalah berbual-bual.
"Ag..you ni Iss tengok dah agak berusia..nape you tak kawin2 lagi..umur you sebenarnya berapa."Ismadi memulakan bicara.
"Alahh Iss pun apa kurangnya..dah berumur jugakan..tak kawin juga..umor Ag 35..Iss.."balas Ag sambil memberi satu jelingan.
"Hmm.. umur Iss lebih kurang camtu gak..tapi Iss ni lelaki..lambat sikit kawin takpe.."jawap Ismadi sambil tersengih.
"Ag tak de calon ke..atau terlalu memilih..coz Iss lihat Ag ni cantik..menarik..bergaya pula..tengok tu keretanya..Honda civic tu..bila2 Ag boleh pikat Datuk or Business man tau..."puji Ismadi sambil2 cuba mencungkil rahsia.Ag cuma tertawa kecil sambil kepalanya tergeleng-geleng kecil seperti memikirkan sesuatu.
"Iss ni apa yang ada..dan tiba-tiba je you datang menerpa Iss ni apa kes..buatnya tiba-tiba yang Iss seorang tua yang menyamar atau dah bekeluarga camne"Tanya Iss bertalu-talu cuba mencari jawapan untuk melerai kemushkil di hatinya.

"Sebenarnya Ag dah lama minat dengan Iss tau..dan dah lama tahu siapa Iss yang sebenarnya..mulanya hanya minat pada penulisan Iss yang sungguh indah dan memukau tu..sehigga boleh menyebabkan Ag kerinduan bila tak dapat nak berbalas-balas komen dengan Iss kat wall sewaktu Iss kadang kala tak ke online."tiba-tiba saja Ag meluahkan apa yang bermain di fikirannya.Perbualan mereka terhenti seketika sewaktu pelayang warung menghantar minuman yang di pesan.Setelah mengucapkan terima kasih dan menghirup seteguk milo aisnya,Ismadi menyambung perbualan.
"Camne Ag boleh kata dah lama mengenali Iss..sedangkan kita baru saja berchating semalam dan berjumpa baru hari ni..seingat Iss kita tak pernah pun kenal sebelum ni.."
"Memanglah Iss..tapi sebenarnya Ag mengenali Iss melalui seorang lagi rakan fb kita..balas Ag.
"Emm..siapa..???Ismadi bertanya sambil mengaru-garu kepalanya yang tak gatal tu.
"Tinta Berkarat...Iss kenal diakan...rakan baik Iss kan.."jelas Ag bersahaja..terukir sekuntum senyuman yang indah di wajahnya.Ismadi terkedu juga dengan penjelasan tersebut,berkerut keningnya.Terus terbayang wajah sahabatnya Azlan yang menggunakan nama samaran Tinta Berkarat itu.Hmm..Lan..Lan..engkau rupanya yang empunya angkara ya..getusnya di dalam hati.
"Dari Tblah Ag tahu segala-galanya tentang Iss..Keperibadian Iss..ketampanan Wajah Iss..di mana tinggal..di mana kerja..dah kawin ke belum..dan kalau Iss nak percaya..percayalah..lau tak percaya tak pe.."tiba-tiba Ag menghentikan bicaranya dalam satu persoalan.
"Emmm..apa dia,cakaplah.."pinta Ismadi penuh minat.
"Sebenarnya kita dah beberapa kali berhampiran macam ni tau..Ag ada beberapa kali mengekori pergerakan Iss..dan sewaktu hari tu Iss makan di Kfc bersama rakan-rakan Iss..Ag ada duduk di meja yang berhampiran..Ag perhatikan saja segala tingkah laku Iss tau..tak jemu2 pandang Iss..tapi Iss langsung tak mahu perasanpunnn.....maklunlah siapalah kita..."di hentikan pula bicaranya dalam nada yang merajuk.

  Terkebil-kebil Ismadi menatap wajah Ag..tak sangka langsung dia yang Ag selama ni sudah sering mengekori langkahnya.Di renungnya seraut wajah Ag dalam-dalam.
  "Betul ke apa yang Ag cakap ni..takkan sampai macam tu sekali.."tanya Ismadi mencari kepastian.Aggerik Rimba hanya mengangguk lemah.Kelihatan sayu di wajahnya.Dia sendiri tak tahu kenapa dia begitu tertarik hati pada Ismadi,sedangkan terlalu ramai jejaka2 tampan yang lain sering mengemis kasih darinya.Tapi hati Ag tak pernah mahu terbuka lagi selepas putus kasih dengan bekas tunangannya Zuhairi.Malah dia telah membina tembok pemisah yang penuh api kebencian dan dendam pada seorang lelaki.Sehinggalah dia di pertemukan dengan Ismadi.Benih-benih kasih dan sayang kepada seorang insan yang bergelar lelaki telah berputik semula.

  Puisi-puisi cinta dan sajak-sajak Ismadi yang terkadang seperti menceritakan kisah dukanya telah menyentuh perasaannya dan meleburkan tembok bencinya pada se orang lelaki.Garapan bahasa indah dan puitis telah menghanyutkannya kealam ilusi yang tak bertepi.Pada mulanya dia cuba menangkis serangan perasaan tersebut dengan melontarkan komen-komen yang menyidir dan memperlekeh penulisan Ismadi.Namun Ismadi telah membalas semula segala komennya dengan baik dan bersopan,bersama nasihat-nasihat yang menusuk kejiwanya.Dari perasaan yang pada mulanya sudah pasimis dan anti cinta,perlahan-lahan melebur dan larut di lautan perasaan yang mengimbau keindahan.Semakin hari semakin di minatinya puisi-puisi indah Ismadi.Banyak nukilan-nukilan Ismadi yang romantis di simpan di fail peribadi mayanya.Setiap waktu yang terluang akan ditatap bacanya nukilan2 tersebut berulang kali.Dapat di rasakannya kehalusan jiwa Ismadi yang penuh dengan kasih sayang dan romantis.Satu jiwa yang amat di dambakannya sebagai seorang wanita yang kesepian dan pernah terluka.Keinginannya untuk mengenali Ismadi dengan lebih dekat terlalu membuak-buak.Namun lantaran Ismadi tidak pernah meletakkan potret wajahnya sebagai gambar profilnya dan tak di ketemukan walau sekeping gambar pun yang boleh menzahirkan siapa Ismadi yang sebenarnya ,maka perasaan tersebut terpaksalah di pendamkannya.

  Hinggalah dia berkenalan dengan Azlan yang menggunakan nama pena Tinta Berkarat,seorang lagi rakan fb yang suka berpuisi.Melalui perbualannya beberapa kali dengan Azlan di kotak 'chat box'lah dia mula mengenali Ismadi yang selama ini menggunakan nama pena Kalam Jiwa,yang kebetulan adalah rakan karib kepada Azlan.Setiap kali ber'chating' bersama Azlan pasti akan di tanyakan soalan tentang Kalam Jiwa,siapa nama sebenarnya..bagaimanakah orangnya..kerja di mana..semuanya ingin di ketahuinya.Mujurlah Azlan seorang yang sporting dan sudi untuk memberikan segala maklumat yang di inginkannya.Kalau Azlan keberatan untuk membantu,akan di rayunya Azlan semahunya,sehingga Azlan kan berasa simpati padanya.Dan bagi Azlan pula,dia merasakan tidak salah baginya untuk mendedahkan siapa sebenarnya Kalam Jiwa kepada Ag yang sudahpun bersumpah tidak akan menyebarkan perkara tersebut pada orang lain.Lagipun dia sudah lama merasa kesian dan melihat Kalam Jiwa yang seolah-olah tidak sudi untuk mempunyai teman wanita walaupun usianya sudah meningkat lewat 30an.Mungkin juga ada sesuatu peristiwa tersembunyi membuatkan temannya itu bersikap sedemikian.Dan bila di bandingkan pula dengan Ag yang pernah menceritakan kisah pahit manisnya bersama bekas tunangannya,maka Azlan mengandaikan yang Ag agak sesuai untuk di pertemukan dengan Ismadi.Sehinggkan bila Ag memintanya untuk memperlihatkan potret wajah sebenar Ismadipun telah di penuhinya permintaan tersebut.

  "Iss...sejak mula Ag menerima kiriman potret wajah Iss..dari Azlan..sampai ke pagi Ag tak tidur tau.."tiba-tiba Ag bersuara.Matanya melirik sayu..lembut merenung kedalam kolam mata Ismadi.Ismadi tak mampu nak bersuara,cuma membalas semula renungan mata Ag.Agak lama mereka berpandangan sehingga Ag kembali tertunduk sayu.
  "Hmmmm...Aggggg..Ag.." Ismadi seolah-olah mengeluh melepaskan suatu perasaan yang seakan membeban di jiwanya.Langsung tak terfikir dirinya akan berada di dalam suasana yang sebegini.Terasa serba tak kena perasaannya.Apakah dia telah melakukan satu kesilapan, lantaran minatnya yang mendalam dalam berpuisi.Sehingga ada jiwa-jiwa sepi yang tergoda..bukan niatnya untuk menimbulkan perkara yang sebegitu.Agak penik juga Ismadi nak mengharungi suasana sebegini.Namun ianya sudah pun terjadi dan perlu di harungi.
  "Hmm..Ag..dah selesai ke makan tu..kalau sudah jom kita beransur.."lembut suara Iss bertutur untuk melunakkan perasaan Ag yang dia pasti juga dalam ketidak celaruan.
  "Hmmm..ok Iss..Ag dah...jomlah.."balas Ag tersipu-sipu.Setelah selesai membayar harga makanan tersebut,merekapun pergerak kekereta.

  "Tapi lepas ni..kita nak pergi mana Iss"...Ag melontarkan pertanyaan sambil menghidupkan enjin keretanya.Ismadi pantas berfikir kemana harus mereka pergi,asal saja ketempat yang agak selamat dan boleh menenangkan fikirannya.
  "Jom kita pergi pantai P.D nak..nanti bolehlah kita menikmati suasana indah bila mata hati terbit"Ismadi memberi cadangan.Ag mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju.
  "Boleh ke nampak matahari terbit kat sana Iss".tiba-tiba Ag melontarkan pertanya.
  "Entah..Iss pun tak pasti.."jawap Ismadi sambil tertawa kecil.Sememangnya diapun tak begitu pasti.Tapi yang pasti dia ingin mencari sedikit ketenangan di tepian pantai itu sambil menghirup udara laut yang segar dan mendengar deburan ombak memecah pantai.Dan mungkin di sana nanti dia dapat memikirkan sesuatu untuk memecahkan kemelut perasaan yang di hadapinya sekarang ini.Ag hanya menjeling manja padanya sambil tertawa juga.Terasa lunak juga perasaan ketika itu.Jam di kereta menunjukkan pukul 2.34 pagi dan dari tempat mereka bermula mungkin akan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah baru sampai ke pantai P.D.
  "Ag..kalau you rasa penat or ngantuk nanti kita tukar driver ya.."Ismadi memberikan satu saranan.
  "Ok..Iss..kalau Iss nak bawa dari sekarang pun boleh..boleh Ag relax.."balas Ag kembali sambil memandu keretanya perlahan lalu berhenti di bahu jalan.Baginya lebih baiklah Ismadi yang memandu.Sebagai seorang perempuan ,di rasakannya biarlah dia menjadi penumpan saja.Boleh juga di berehat sambil menatap semahu-mahunya wajah jejaka yang telah mencuri hatinya.Setelah bertukar tempat,lalu Ismadi pun teruslah memandu menuju ke destinasi pantai P.D.



IKUTI SAMBUNGAN SETERUSNYA CINTA TANPA WAJAH:BAB2-MEMUTIK KASIH DI PANTAI P.D.







No comments:

Post a Comment