CINTA TANPA WAJAH
BAB 2-MEMUTIK KASIH DI PANTAI P.D.
Sunyi dan sepi sekali di pinggiran pantai P.D.,cuma deburan ombak saja yang kedengaran memecah pantai.Ismadi mematikan injin kereta.Dilihatnya Ag sedang nyenyak tidur di bangku penumpang di sebelahnya.Jam dikereta menunjukkan pukul 4.00 pagi.Dalam kesamaran lampu jalan,direnungnya wajah Ag.Cantik sungguh gadis ini,kulitnya putih bersih,hidungnya mancung,bibirnya comel,alis matanya yang bak diukir dan berlekuk di dagunya.Memang amat menawan.Pasti sesiapa saja akan merasa bertuah kalau dapat memiliki hati gadis yang secantik ini.Tapi mengapa aku yang menjadi pilihannya,sedangkan pasti ramai lagi jejaka lain yang boleh di tawannya."Hmm..entahlah,"Ismadi seolah-olah bersoal jawap di dalam hatinya.Terasa pelik,anih,kelakar dan terasa bertuah..semuanya bagaikan satu teka-teki bagi dirinya.Dalam kecelaruan fikirannya, sempat juga jemarinya meyelak rambut Ag yang terurai memutupi sebahagian mukanya.Perbuatannya itu telah mengejutkan Ag dari lenanya.
"Ehh..Iss..dah sampai ke,"Ag terus bersuara sambil mengeliat kecil.Kemudian melemparkan senyuman manja kepada Ismadi.Kemudian disauknya tangan Ismadi dan di dakapnya kemas-kemas.
"Iss..Ag sejuklah..,"semakin kemas di pautnya lengan Ismadi.Dapat juga dia merasakan sedikit kehangatan dari tubuh Ismadi.Begitu juga yang dirasakan oleh Ismadi,terasa menjalar kehangatan ditubuhnya juga dalam kedinginan pagi itu.Pautan Ag yang menarik lengannya merapat kedada membuatkan dia dapat merasakan lengannya tersentuh pada kelembutan payu dara Ag.Terasa juga olehnya akan dabaran di dada Ag yang agak berombak-ombak.Ingin di tarik tangannya,tapi Ag semakin kemas mendakap dan merapatkan tubuhnya mencari kehangatan.
"Iss..Iss tak sejuk ke..?,"tanya Ag padanya sambil mata Ag merenung redup menatap matanya.Ismadi hanya tersenyum lesu sambil menganguk-nganguk kecil.
"sejuk juga..,"balasnya antara dengar dengan tidak.
"Jom.. kita 'booking' hotel nak..,"tiba-tiba Ag bersuara dengan lembut.
"Ishh..tak naklah."pantas Ismadi membalas.Agak terkejut juga dia dengan saranan Ag itu.Terasa cuak di hatinya untuk menuruti.
"Alahh..jomlah Iss..kat sini tak selesalah..sejuk lagi..dan Ag masih ngantuklah..jomlah..nanti Ag yang bayar..,"pujuk Ag lagi sambil menggongcang-gongcang lengannya.
"Ishh..bahayalah Ag.. kena tangkap khalwat nanti..haa..nanya..,"Iss menjawap dengan jujur pada apa yang terlintas difikirkannya.
"Iss..Iss tahu tak yang kita sekarang ni berdua-duaan di tempat sebegini.. yang sunyi sepi ni.. lagi bahaya tau..,kalau lalu polis atau pencegah maksiat memang sahih kita kena cekup dan di tuduh berkhalwat tau..,"balas Ag.
"Cuba Iss tengok sekeliling..ada orang lain tak selain kita..jomlah Iss..Ag tahulah kat mana hotel yang selamat..,"tambah Ag lagi.Berkerut-kerut kening Ismadi memikirkan apa yang diperkatakan Ag sebentar tadi.Memang ada juga kebenarannya,tapi sungguh dia tak berani nak menerima saranan tersebut.Dan kenyataan akhir ayat Ag juga meresahkannya.
"Ag..kalau Ag dah biasa buat macam tu..itu hak 'you'..Iss tak pernah lagi..dan bukankah kita kesini nak menenangkan fikiran sambil melihat matahari naik..,"balas nya,sambil cuba untuk memberi alasan.
Anggerik rimba meleraikan dakapannya pada lengan Ismadi.Terdengar satu keluhan kecil terlepas dari bibirnya.Terasa agak kecil hatinya mendengarkan kata-kata Ismadi tadi.Teringat juga dia akan kesah lampaunya bersama bekas tunangannya Zuhairi.Mereka memang pernah ke pantai PD ini,dan pernah juga beberapa kali menginap dan memadu asmara di sebuah hotel yang berhampiran.Walaupun antara izin dalam paksa,dia telahpun membenarkan seluruh tubuhnya di terokai rakus oleh Zuhairi.Demi cinta dan kasihnya yang begitu mendalam kepada Zuhairi yang sudahpun menjadi tunangannya,telah di serahkan segala miliknya.Kepercayaan yang begitu mendalam kepada Zuhairi yang bakal menjadi suaminyalah yang menyebabkan dia hilang pertimbangan.Namun kini semuanya sudah berakhir.Zuhairi telah pun pergi meninggalkan dirinya mengejar gadis lain.Bertahun-tahun dia menderita dan kesepian.Sehingga tertutup begitu lama pintu hatinya untuk menerima kehadiran seorang insan yang bergelar lelaki.Tapi kini pintu hati Ag telah terbuka lagi untuk menerima kehadiran Ismadi yang telah dapat mencuri perasaannya.Namun malangnya dia tak begitu pasti samada dia mampu untuk memiliki cinta Ismadi atau sebaliknya.Di renungnya kecermin hadapan kereta melihat kelamnya lautan yang terbentang.Hanya kerdipan cahaya kecil dari bot-bot nelayan yang kelihatan.Ismadi cuma memerhatikan saja tingkah laku Ag itu.Dia tahu yang dia telah menyinggung perasaan gadis tersebut.Tapi apa dayanya,kenaifannyalah yang telah menjadi punca segala.
Perlahan-lahan diambilnya tangan Ag..diramas-ramasnya dengan lembut.
"Ag..Iss minta maaf ya..kalau Iss dah menyinggung perasaan 'you'..maafkan Iss ya..,"katanya untuk memujuk.Ag berpaling menatapnya.Membalas kembali ramasan jemari Ismadi.Lama mereka berpandangan dalam suram lampu jalan.Dan sekilas Ag telah melepaskan satu kucupan kebibir Ismadi.Dalam Ismadi terpaku dengan tindakannya,di kucupnya lagi bibir jejaka pujaannya itu.Lagi..dan lagi..dan akhirnya Ismadi tanpa sedar telah membalas kucupan itu.Dan mereka berkucupan lama dan tubuh mereka pun semakin merapat.Akhirnya mereka berbalas-balas kucupan dan berpelukan.Terasa menghangat tubuh masing-masing dalam kedinginan subuh yang mencengkam.
"Iss..kat sini mana boleh tengok matahari naik..kat pantai timur bolehlah..,"tiba-tiba Ag bersuara dalam nada yang amat manja dan masih menikmati kehangatan dalam pelukan jejaka idamannya.Ismadi sekadar terkedu mendengar omongan Ag itu.Baru terfikir olehnya yang matahari terbit di sebelah timur.
"Ya lahh..betul kata 'you'..,"kat pantai barat ni..cuma boleh lihat matahari terbenamkan..,"balasnya dalam senyum simpulnya.
"hahaha..emmm..tahu tak pe..,"balas Ag dalam tawa manjanya.
"'So'..tunggu apalagi..jom..kita 'check in hotel"..kata Ag bersahaja.Di perkemaskannya lagi dakapannya ketubuh sasa Ismadi.Terasa ingin di satukannya terus tubuh mereka.Sehinggalah Ismadi berusaha merenggangkan sedikit pelukan itu kerana merasa sukar untuk bernafas.
"Ag..tak yahlah..kita lepak kat sini je..ok..,"katanya pada Ag.
"Iss..'I' nak baringlah..ngantuk..jomlah..kita sewa dua bilik..k..tak selesalah kat sini..nyamuk pun banyak..dan kat sini lagi tak selamat tau..,"balas Ag kembali,seboleh-boleh di rayunya Ismadi untuk menuruti kemahuan.Ismadi merenung wajah Ag dalam-dalam sambil memikirkan sesuatu.Terasa ada kebenaran dari apa yang di perkatakan oleh Ag itu.
"kalau sewa dua bilik oklah..,"akhirnya dia menyetujui saranan Ag itu.Tersenyum Ag bila mendengar kata-kata Ismadi itu.Sambil meleraikan pelukan dan menyandarkan tubuhnya kembali ketempat duduk penumpang,Ag pun berkata,
"Ok jom..Ag tunjukkan tempatnya..,"katanya sambil mengarahkan Ismadi menghidupkan enjin keretanya.Dalam keadaan serba tak kena,Ismadi menuruti saja perintah Ag itu.Menghidupkan injin kereta dan merekapun pergilah ke sebuah hotel yang sememangnya tidak asing lagi bagi Ag.Ke hotel yang banyak meninggalkan kenangan pahit manis Ag bersama bekas tunangannya...
Setelah sampai keperkarangan hotel yang di maksudkan,Ag pun meminta diri untuk membuat tempahan bilik di meja pertanyaan.Manakala Ismadi terus membawa kereta menuju ke tempat letak kereta.Setelah meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya,Ismadi pun pergilah ke pintu utama hotel tersebut.Di lihatnya Ag sudah pun menunggunya di sana,sekuntum senyuman manis terukir di bibir.Kelihatan olehnya di tangan Ag sudah ada dua jambak kunci bilik.Terasa lapang di dada Ismadi bila mengetahui yang Ag benar-benar menempah dua bilik penginapan.
"Nah..ini kunci bilik Is,"kata Ag sambil menyerahkan satu jambak kunci padanya.Ismadi menyambut huluran tersebut dengan senyuman.
"Thank..nasib baik you ambil dua bilik..kalau tidak Iss nak tidur dalam kereta je..,"balasnya dalam nada berseloroh.
"Hmm ye lah tu..orang tak sudi tidur dengan kita kan..good boylah katakan..,"Ag menjawap dengan nada merajuk.Ismadi tertawa kecil melihat mimik muka Ag yang seperti mencebik tu..
"Alahh..merajuk lak..dahlahh..jom..masuk bilik..tadi kata ngantukk..,"pujuk Ismadi bersahaja.Dan merekapun berlalulah berpimpinan tangan menuju pintu lift untuk naik ketingkat atas bilik penginapan.Rupa-rupanya bilik yang di tempah oleh Ag itu hanya sebelah-menyebelah saja.Sesampai di pintu biliknya,Ismadi meminta diri untuk masuk dulu ke dalam biliknya.Sempat juga Ag mencium pipinya dan meminta pula agar dia menciumnya kembali sebagai satu ucapan selamat beradu.Setelah berbalas-balas ciuman,Ismadi terus memasukkan kunci untuk membuka pintu biliknya.Dan sewaktu dia baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam,secara tiba-tiba Ag telah menahan pergerakannya.
"Iss..Iss tunggu kat luar kejap ya..biar Ag pergi jenguk dulu ke dalam ya..,"Ag bersuara sambil menarik tubuhnya ke belakang.Terkejut juga dia dengan tindakan Ag itu.Tapi belum sempat lagi untuknya nak bertanya kenapa,Ag sudahpun melangkah masuk dan mengunci pintu dari dalam.Tak sampai beberapa minit,Ag keluar semula dari bilik tersebut dengan sekuntum senyuman yang penuh makna.
"Ok sayang..sayang boleh masuk..line clear..takde lipas katanya pada Ismadi.Ismadi hanya melepaskan satu keluhan kecil sambil menjeling tajam pada Anggerik Rimba.
"Hmmm...macam-macamlah you ni...Ag..,"keluhnya.Ag hanya tersengeh-sengeh,dan dengan manja sekali lagi melepaskan satu kucupan mesra di pipinya.
"Good nite sayang..sleep tide ya..,"kata Ag dalam senyuman.
"Good morning..,"balas Ismadi sambil menjengkelkan matanya pada Ag lalu melangkah masuk kedalam.Ag hanya tersenyum bersahaja memerhatikan Ismadi hilang di balik pintu biliknya.
"Huhh..lega..akhirnya..dapat juga aku berehat..,"Ismadi berkata-kata sendirian.Setelah di tukarnya pancaran lampu pada kadar yang cukup suram dan memasang penghawa dingin,lalu terus saja dia menghumbankan diri keatas tilam empuk hotel tersebut.Bila merasakan tidak selesa dengan seluar jean yang di pakainya,lalu di tanggalkan dan di campakkan kebawah katil.Kalau di rumah sudah pasti dia hanya tidur berkain sarung,tapi di sini dia terpaksalah tidur dengan berseluar dalam saja.Setelah menarik selimut untuk menutupi tubuhnya,lalu Ismadipun cubalah untuk melelapkan matanya.Dia benar-benar ingin merehatkan tubuhnya yang terasa amat keletihan kerena memandu jauh ke P.D.Begitu juga dengan mindanya yang tak habis-habis berfikir sedari tadi,ingin di rehatkannya semua.Dia benar-benar inginkan tidur yang lena untuk melupakan seketika permasalahannya bersama Anggerik Rimba,gadis misteri yang tiba-tiba saja menerpa ke dalam kehidupannya.Kira-kira setengah jam kemudian..
Dalam keadaan Ismadi yang sudah hampir terlena,tiba-tiba dia di kejutkan oleh satu bunyi aneh yang datangnya dari almari pakaian bilik hotel tersebut.Bunyi seperti ada sesuatu yang bergerak-gerak di dalam almari itu membuatkannya terjaga semula.Terperanjat sungguh dia bila secara tiba-tiba pintu almari itu terbuka dengan sendiri.Ya Allah..apa pula ni..katanya di dalam hati.Mengucap panjang dia..sambil terus saja dibacanya ayat kursi yang sememang sering di hafalnya.Takut juga dia kalau-kalau bilik hotel itu berhantu atau ada mana-mana mahluk halus yang juga tumpang menghuni di situ.Semakin meremang bulu romanya apabila kelihatan seraut wajah yang samar menjengah memandang ke arahnya dari balik pintu yang terbuka itu.Tapi Ismadi bukanlah seorang yang lemah semangat.Semakin ketakutan menguasai dirinya semakin pantas dia menenangkan diri dengan membaca ayat kursi yang sememangnya telah sebati dengan dirinya.Selama ini pun memang dia tinggal sendirian di rumahnya dan bekalan ayat kursi dan beberapa potongan ayat Quranlah yang di jadikannya pelindung diri dan penguat semangat.Walaupun agak gementar tapi matanya tetap tajam memerhatikan sesusuk tubuh satu lembaga yang tiba-tiba muncul dari dalam almari pakaian tersebut.Dalam suram lampu bilik yang sudah di malapkannya tadi,di lihatnya lembaga itu sedang datang menghampiri dirinya.Berdebar kencang degupan jantungnya,sehingga sudah tak teratur bacaan ayat kursinya.Namun Ismadi masih cuba untuk terus menahan perasaan.Matanya tak berkerdip memandang tajam pada lembaga yang sudah pun berada di sebelahnya.Semakin di perhatikannya semakin terasa olehnya yang lembaga itu adalah seseorang yang amat di kenalinya.Tapi siapa ya..,dalam cahaya yang suram dan diri berada didalam ketakutan,mindanya tak mampu untuk meneka...
"Iss..Iss dah tidur ke..?,"tiba-tiba terdengar lembut satu suara yang sememangnya sudah selalu di dengarnya.Ternyata kata hatinya yang mengatakan lembaga itu adalah Ag memang benar.Tapi macam mana Anggerik Rimba boleh menyusup masuk kedalam biliknya.Lagi membingungkan,kehadirannya yang keluar dari almari pakaian tersebut.Lama di renungnya saja AG dalam kesamaran lampu bilik tidurnya.Senyap tanpa suara dengan berbagai persoalan berlegar-legar di kotak mindanya.Anggerik rimba perlahan-lahan duduk disebelah Ismadi.Mengambil tangan Ismadi dan di ramas-ramasnya dengan lembut.Mereka hanya berdiam diri sambil saling berpandangan.Setelah agak lama dan berasa sudah tenang,barulah Ismadi bersuara..
"Macam mana you boleh masuk dalam bilik Iss nie..,"tanya Ismadi mencari jawapan dari Anggerik Rimba.Dalam senyuman yang kurang jelas di pandangan mata,Ag pun menyatakan kepada Ismadi tentang ke istimewaan bilik-bilik di hotel tersebut.Terdapat satu pintu rahsia di dalam almari pakaian yang menghubungkan di antara kedua-dua bilik mereka.Ianya sengaja dibuat khas untuk pasangan yang beragama islam tapi mahukan kebebasan untuk berasmara dengan pasangan masing-masing.Seandainya ada serbuan oleh pihak berwajib,mereka bolehlah mengasingkan diri ke bilik masing-masing dan tak dapat di pertuduhkan yang mereka sedang berkalwat.Begitulah ragamnya permainan dunia yang mempunyai belbagai helah yang tersembunyi.Ismadi hanya mampu mengeluh mendengar segala penjelasan yang di berikan oleh Anggerik Rimba.Ternyata dia begitu ketinggalan dalam banyak perkara tentang tentang tipu muslihat kehidupan.Anggerik yang belajar dari pengalamannya bersama tunangannya telah mengajarnya pula.
"Ermm...macam-macam..,"Ismadi mengumam sendiri sambil matanya melirik memandang ke almari pakaian tersebut.Ag hanya memerhati dalam diam.Takut juga dia kalau-kalau perbuatannya tadi menimbulkan kemarahan Ismadi padanya.
"You tahu tak bagaimana terperanjatnya Iss sebentar tadi..?"..kalau tak betul-betul Iss boleh dapat serangan jantung tau...tetiba melihat satu lembaga tersembul dari almari tu..",Ismadi mula membebel.Terasa juga ingin di marahinya Aggerik Rimba.
"Kok iapun you nak buat macam ni..bagitaulah Iss awal-awal..suka sangat nak main redah je..,"sambung Ismadi melepaskan ketidak puasan hatinya.Anggerik Rimba hanya mendiamkan diri,tertunduk lesu menerima kemarahan Ismadi.Dia cukup yakin yang Ismadi pasti tak akan setuju seandainya dia menyuarakan rancangan untuk mereka tidur berdua-duan dalam satu bilik.Terasa juga kekesalan didalam hatinya di atas perbuatan yang telah dia lakukan.Tujuannya hanyalah ingin tidur senyap-senyap di sebelah jejaka idamannya itu.Tapi mungkin dia terlalu gopoh tak sanggup nak menunggu terlalu lama untuk melakukan misinya.Setengah jam bersendirian didalam bilik,terasa olehnya bagaikan setengah tahun.Bergelora hatinya memikirkan Jejaka idaman yang tidur sendirian bersebelahan dengan biliknya.Sebab itulah tanpa memikirkan yang Ismadi sudah benar-benar terlena atau belum,di redahnya saja untuk pergi berduan dengan Ismadi.
"Iss..maafkan Ag ya..I ingat you dah tidur...dan Ag cuma nak baring senyap-senyap kat sebelah Iss je..",tuturnya tergetar-getar menyatakan apa yang terlintas di fikirkannya.Air matanya mula berlinangan dan mengalir di pipi.Ismadi tersedar yang Ag sudah mula menangis bila melihatnya mengusap airmata yang mengalir di pipi.Terus terhenti kemarahannya,di gantikan pula keresahan apabila melihat seseorang menangis di hadapannya.
"Ag...hmmm...dahlah..janganlah menangis pula...plss..sori..,Iss bukannya nak marah you..cuma terperanjat je..,"katanya sambil membangunkan diri,duduk menghadap Ag.Di sentuh dan di usapnya air mata yang mengalir di pipi Ag.Semakin Ismadi ingin memujuknya semakin bertambah lagi sayunya perasaan Ag dan semakin teresak-esak dia menangis.Di dakapnya tubuh Ismadi,menangis dia semahu-mahunya di dada bidang jejaka itu.Sayu sungguh hatinya,sekian lama dia hidup sendirian menghindarkan diri dari perasaan kasih dan sayang pada seorang lelaki,namun kini dia tidak mampu untuk mengawal perasaannya lagi.Kasih dan sayangnya telah terbit semula di taman hati.Mungkin sudah berputik juga bunga-bunga cinta.Jejaka yang bersamanya kini telah menggembur kembali batas-batas perasaan di jiwanya.Berharap benar dia agar kan bercambah semaian benih-benih cinta lalu berkembang megar di sirami belaian kasih dan sayang dari Ismadi.Jejaka ini telah mencuri hatinya,dan dia rela dan pasrah kini untuk menyerahkan jiwa dan raganya untuk di miliki.Biar terasa olehnya kembali betapa indahnya suasana tika berada di alam percintaan.
"Dahlah AG..cukuplah tu..Iss tak sangguplah nak melihat Ag nangis..,Iss janji tak marah lagi",pujuk Ismadi lagi sambil mengusap dan membelai-belai mesra rambut Ag.Terasa kesian juga di hatinya mengenangkan keadaan Ag.Walaupun hatinya masih berat untuk menerima kehadiran gadis tersebut,tapi kesungguhan yang di tunjukkan Ag untuk merebut hatinya telah melunakkan juga perasaannya.Walau masih tak tahu apa pandangan sebenarnya terhadap Ag,tapi rasa kasihan sudah mula menebal.Dan terasa ingin di ceriakannya semula kegundahan di hati Ag.Perlahan-lahan tangisan Ag sudah mula mereda.Terasa satu kepuasan dan lapang di dadanya setelah sudah menangis semahu-mahunya dalam dakapan Ismadi tadi.
"Iss..jom kita tidur..Iss baring dulu..,Ag nak tumpang tidur di dada Iss..",pintanya pada Ismadi dengan nada suara yang amat sayu.Ismadi seperti tidak mahu nak menghampakan Ag, merelakan dirinya didorong oleh Anggerik Rimba supaya berbaring kembali.Dan sesudah itu,Ag pun melabuhkan kepalanya di dada Ismadi,berbaring dan mendakap hangat tubuh jejaka idamannya itu.Ismadi yang seakan memahami kemahuan Ag terus saja membelai-belai penuh kelembutan tubuh itu.Mengusap-usap rambutnya,mengosok-gosok dan menepuk-nepuk lembut belakang AG seperti sedang menidurkan seorang kanak-kanak.Dan dalam kediginan suasana subuh bersama hembusan penghawa dingin di kamar itu,akhirnya mereka berdua terlena dalam kehangatan,berdakapan seperti pasangan yang sedang bercinta.Terlena panjang dalam kemesraan yang amat melunakkan perasaan.
Terjaga dari tidurnya,Ismadi mendapati suasana di kamar bilik hotel itu sudah cerah dengan simbahan cahaya matahari yang menerjah masuk menerusi celah-celah kain langsir tingkap hotel tersebut.Di lihatnya Anggerik masih tidur lena mendakap tubuhnya.Terpancar satu riak wajah yang penuh kepuasan di wajah Ag.Seolah-olah sedang tersenyum dalam lenanya.Sungguh indah pancaran di wajah itu.Sehinggakan Ismadi sendiri tersenyum puas menatap wajah gadis misteri tersebut.Perlahan-lahan di alihkannya kepala Ag dengan penuh kasih sayang dan di letakkannya lembut kebantal tidur.Ismadi kemudian terus saja menuju kebilik air untuk bersiram.Sempat di tolehnya melihat jam di talipon bimbitnya yang sudahpun menunjukkan pukul 1,30 pm.Hmm..patutlah dah terasa lapar perutku..getusnya didalam hati.Setelah selesai mandi dan berpakaian,barulah di geraknya Anggerik Rimba untuk bangun.
"Ag...heyy...bangun dear..dah petang ni..",di goncangnya tubuh Ag perlahan-lahan.
"mmm...Iss..ngantuklah..",balas Ag sambil mengeliat.Kemudian menatap lembut kewajah Ismadi dengan pandangan yang sungguh redup dan nyaman.Ismadi menjadi seolah terpaku menatap keredupan mata Ag yang merenung kedalam kolam matanya.
"Good morning dear..",ucap Ag dalam senyuman yang sungguh manja.Di tariknya tangan Ismadi supaya merapa padanya.Di peluknyanya tubuh jejaka idamannya itu,dan dilepaskannya satu kucupan yang sungguh lembut di pipi Ismadi.Kali ini tiada perasaan membantah di hati Ismadi,dia terasa rela dirinya di perlakukan sebegitu.
"Hmm..good morning",balasnya dalam senyuman juga.Dan mencium pula lembut ke dahi Ag.Sudah timbul perasan sayangnya pada gadis itu.Gadis yang berhati kering yang sanggup berbuat apa saja untuk meraih perhatiannya.Ag terasa amat terharu di perlukan mesra oleh Ismadi sebegitu.Bergenang kembali air di kelopak matanya.
"Heyy...dahh..pls..jangan nak nangis k..",cepat-cepat Ismadi memujuknya sambil kali ini dia pula yang pantas memeluk tubuh Ag.Terasa juga olehnya Ag sedikit teresak-esak di dalam pelukannya.Tapi kali ini tangisan Ag adalah tangisan gembira,penuh kesayuan di atas layanan yang telah di berikan oleh Ismadi padanya.Layangan yang sudah sekian lama tidak di rasainya.
"Dah..Ag..you gi mandi ya..Iss laparlah..dah pukul 2.00pm dah ni...mandi k..",saran Ismadi pada Ag.Ag mengangguk-angguk tanda setuju.Lalu bangun meminta diri untuk kebilik air.
Setelah selesai berpakaian semula dan merapikan diri,lalu mereka pun keluarlah turun ke lobi hotel untuk mendaftar keluar.Mereka telah di kenakan caj tambahan di atas kelewatan hampir 3jam untuk serahan kunci kembali yang sepatutnya di pulangkan sebelum pukul 12.00pm.Ismadi ingin melunaskan bayaran tersebut,namun Anggerik lebih pantas mengeluarkan kad 'gold mastercard' dari dompet duitnya.Berkerut juga kening Ismadi melihatnya. Dia dapat meneka yang Ag ini bukanlah gadis sembarangan yang dapat memiliki 'card credit' sebegitu.sedangkan dirinya cuma memiliki kad yang biasa-biasa saja.Setelah selesai membuat pembayaran,merekapun melangkahlah keluar dari hotel tersebut untuk beredar mencari kedai makan di luar.Ismadi lebih suka untuk mencari nasi campur di restoran melayu dari makan di hotel tersebut.Setiba di sebuah kedai makan di tepi pantai PD,mereka pun singgah untuk menjamu selera.Setelah selesai menjamu selera,sambil-sambil menghabiskan air minuman yang tersisa,merekapun berbual-bual kosong.
"Ag..boleh Iss tahu you kerja apa..?"Ismadi pantas menanyakan soalan pada Ag.Agak lambat untuk Anggerik Rimba menjawapnya.Dapat dibaca oleh Ismadi dari riak wajah Anggerik yang dia seolah-olah tidak mahu untuk menjawap pertanyaan tersebut.
"Ermm...oklah..kalau you tak nak jawap sekarang tak pelah.."kata Ismadi dengan nada biasa.Dia tak mahu nak memaksa sangat Ag untuk memberi jawapan.
"Iss..nanti Ag akan bagitahu ya..,"jawap Ag sambil jemarinya pantas mencapai dan menggenggam jari jemari Ismadi.Dia tak mahu nak menghampakan Insan yang sudahpun memberikannya kembali sinar kebahgiaan padanya.
"Ag janji..Ag akan ceritakan segala-galanya tentang diri Ag..pada Iss..",harap Iss boleh bagi Ag sedikit waktu ya..,"pujuknya.dengan renungan mata yang penuh pengharapan.Ismadi hanya tersenyum membalas renungan mata Ag itu dengan lembut.Mereka sememangnya baru saja berkenalan walaupun agak drastik tapi memang terlalu baru.Jadi tiada masalah baginya untuk menguntukkan sedikit masa bagi mereka lebih saling kenal mengenali.
"Ermm..ok ..",balas Ismadi.
"Lepas ni kita gi pantai ya..jom..habiskan minuman you cepat..,"sarannya pada Ag pula.Ag terus saja menghirup habis minumannya.Dan setelah selesai Ismadi membuat bayaran maka merekapun terus menaiki kereta menuju ketempat peranginan di tepian pantai PD.
SAMBUNGAN AKAN DATANG....BAB 3 : KASIH MEMBELAI SAYANG DI PANTAI P.D.
hotel ape nie ye?
ReplyDelete