Wednesday, 7 November 2012


Photo: SE-ORANG GILA.
 
Kurus kering tubuh itu
Compang camping pakaian
Kumal ,comat kelusuhan
Berkaki ayam terus melangkah
Mengheret kaki yang kematu
Menyusuri lorong-lorong kota
Menadah tangan Meminta-minta..
Dengan rambut tak terurus
Mengerbang 
Bak tak di jamah air setahun
Tubuh berbau meloyakan
Menambah kedaifan
Tak mampu menjadi tontonan
Mata dan hidung 
Di paksa tak menerima
Tangan enggan menghulur
 
Hah..kau orang gila
Nyah kau kesana
Usah di ganggu
Keharmonian yang tercipta
Untuk kami insan yang sempurna
Pergilah kau dari sini
Usahlah kau meminta simpati
Kami tak kan peduli
Pergi kesana
Pergi mati..
 
Aduhai
Tak tergamak mata 
Untuk memandang
Dalam jiwa seolah berperang
Mencongak beginikah tuntutan alam
Hanya berajakan diri sendiri
Insan yang tak sempurna di pinggiri
Sedih hatiku tak terperi
Biarlah aku berkongsi rezeki
Bersama insan ini
Kerana dia juga
Ciptaan Ilahi...
 
Nukilan Pancil Tumpul :30/9/2012

No comments:

Post a Comment