SENYUMLAH SAYANGKU
Senyuman mu
Penawar segalanya
Dikau selalu ada
Menemani hatiku yang satu ini
Tanpa jemu berbicara
Merasai bersama kelukaan diri
Tiada dapatku gambarkan
Apa yang mampu kubalas
Segala pergorbananmu
Tiada yang sia-sia
Dalam ku melalui
Kesukaran kehidupanku
Senyuman mu
Tiap saat kuperlukan
Kerna senyuman mu
Amat bermakna
Terasa keriangan nafasku
Tawa mu sendamu
Menjadi satu irama merdu bagiku
Sayang yang ada
Akan kubawa kemana pergi diri
Tak akan sekali
Ku tinggalkan dirimu
Terlalu banyak
Kenangan bersamamu
Senyumlah lagi
Kerna senyumanmu
Sangat manis sejuk jiwaku
Bagai sesejuk salji yang merebas
Satu senyuman yang terlempar
Umpama pelbagai rasa dapat terhindar
Kerna senyummu satu ketenangan
Bagi diriku yang mahukan kedamaian diri…
……..Melly .
Nukilan Amellycun:26/11/2012.
No comments:
Post a Comment