KASIHAN MEREKA.
Ayah...ibu..
Hari ni kami nak lauk istimewa
Ayam,ikan,udang dan ketam juga
Ayam di masak merah
Ikan masak tiga rasa
Udang di goreng berempah
Ketam di gulai berlada..
Aduhhh..
Sungguh nikmatnya nanti hidangan kita
Biar masak nasi berlebih
Biar dapat kami bertambah
Kalau tak habis tak apakan..?
Sudah biasa kita begitu
Di buang saja lebihan tersisa..
Tapi Ayah..Ibu..
Aku terlihat dari jendela
Laman sesawang yang memaparkan
Tentang jutaan kanak-kanak yang kebuluran
Kesian mereka..
Sukar untuk mereka mendapat makan
Kenapa begitu Ayah..Ibu..
Kita hampir terputus nafas kekenyangan
Mereka hampir mati kebuluran
Amat berlebihan rezeki kita
Amat daif pula keadaan hidup mereka
Sungguh berbeza..
Kini Ayah..Ibu..
Kami mahu bersederhana
Makan kami untuk mengalas perut
Memberi tenaga pada tubuh sekadarnya
Berlebihan rezeki kita
Kita hulurkanlah
Kepada mereka yang memerlukan.
Bolehkan Ayah..Ibu..
Nukilan Pancil Tumpul : 25/11/2012.
No comments:
Post a Comment