Monday, 19 November 2012

PANTUN JIWA LARA (BUAT KEKASIH NAN JAUH)

Belayar bahtera mengharungi lautan
Bahtera ku sendeng di badai taufan
Berbayar kah lara bila kasih bertautan
Lara bersanding jiwa tak kesudahan..

Bahtera ku sendeng di badai taufan
Hampir terhempas melanggar karang
Lara bersanding Jiwa tak kesudahan
Kekasih hatiku bebas di rantau orang..

Hampir terhempas melanggar karang
Nakhoda teruji melencungkan haluan
Kekasih hatiku bebas di rantau orang
Ternodakah janji yang telah di matrikan..

Nakhoda teruji melencungkan haluan
Mengemudikan bahtera kelautan lepas
Ternodakah janji yang telah di matrikan
Bila bak merpati dirimu terlepas bebas

Mengemudikan bahtera kelautan lepas
Terselamatlah sudah malapetaka dasyat
Bila bak merpati dirimu terlepas bebas
Tersematlah cemburu jiwaku tersayat.. 

Terselamatlah sudah malapetaka dasyat
Kerana Allah masih memberikan rahmat
Tersematlah cemburu jiwaku tersayat
Kepada Allah jua ku pohonkan syafaat.....

Ilham Rasa Lara Jiwa : 19/11/2012.



No comments:

Post a Comment