Monday, 19 November 2012

PERJALANAN KU

Ku meniti 
Perjalanan ini…..
Menyusuri segala lembah dan lurah..
Mencari sebuah ketenangan kedamaian..
Kehidupan yang jauh kurasakan….
Terasa begitu sukar membawa diri..
Mengharap satu tujuan tercapai…

Dalam perjalanan ini…
Bagai tiada penghujungnya….
Langkah demi langkah kaki ku gagahi…
Aku seakan kecundang diri..
Tiada daya lagi…
Namun kepada siapa diri mengharap simpati…
Mahu tak mahu akan kutempuhi jua…

Terhentikah perjalanan ini…
Jikalau aku mahu mengalah…
Usahlah dituruti kata dihati…
Perlu di rungkai segala yang ada..
Diri hanya sebagai banteng segala…
Namun kekuatan hati semahunya…

Berbagai liku perjalanan ini…
Semakin ku redah..
Semakin aku 
Merasai nikmat alam…
Aku berdoa agar aku
Diberi lagi kekuatan…
Biar tenaga yang ada mengerakkannya…
Langkah kaki 
Takkan ku hentikan…
Kerna aku masih belum dapat…
Merasai apa mahunya diriku……
……..melly .

Nukilan Amelly Cun.



No comments:

Post a Comment