Friday, 2 November 2012


PERIHNYA HUKUM KARMAKU

Membelah rasa berdarah kalbu
Bak tehiris sebilah sembilu tajam
Bergetaran jiwa mengelepar raga
Bak luka parah yang di garami
Bersama curahan perahan kasturi
Perit dalam palung penyeksaan
Menjerit bak suara berdendang
Mata seperti lesu memandang

Hentakan kaki ke bumi tak terpijak
Langit hitam kelam hilang cahaya
Darah seolah berganti minyak beku
Nafas rasa berhenti tak mahu lalu
Membadai taufan melanda sukma
Tercungap kelemasan sudah tengelam
Tiada tupangan tubuh layu merebah
Kabut kelam legam terus menyimbah

Menanar diri tiada lagi arah tujuan
Memantol melangar ampuh kepungan
Menjalar menyusur menyagat dada
Bergolekkan di kawah penuh berlada
Terpanggang di atas arang membara
Hancur luluh jasad dan jiwa terdera
Tak terdaya lagi isi dan tubuh menerima
Hanya mampu pasrah menyerap karma

Jika itulah ketentuan yang harus di terima
Setelah aturan kehidupan yang tak saksama
Maka akurlah sahaja akan balasannya
Sambil mencarilah di mana letak silapnya
Seandainya diri masih lagi di beri peluang
Penuhilah semula apa yang terluang
Agar kesilapan lampau tidak terulang
Moga kehidupan kehadapan lebih cemerlang

Nukilan Pancil tumpul:14/10/2012


No comments:

Post a Comment