Monday, 12 November 2012
KULI KAH TUAN KAH
Daretan rumah kedai usang
Berdinding papan yang sudah lapuk
Beratap zing yang berkarat
Masih beroperasi menimba rezeki
Mengaut keuntungan yang berlipat
Dari wang warga desa yang melarat
Ah Chong si tauke kedai runcit
Semakin hari perutnya buncit
Mengherdik kulinya sampai terkincit
Si Ali memikul barangan tampa berdecit
Pak Leman menolak basikal tayarnya pancit
Ke kedai Ah Man terjengkit-jengkit
Peluh membasahi tubuh melekit
Sebentar lagi ke pada Ah Man kan di serah duit
Wak parjo berbasikal bersama paiman
Ke kadai rajoo di hujung pekan jadi tujuan
Untuk bergunting rambut persiapan persekolahan
Selepas itu ke pasar basah Tong Seng membeli
Sayuran dan ikan..
Nostalgia di desa menjadi renungan
Alhamdulillah kini sudah banyak perubahan
Rumah kedai usang berganti bagunan batu menawan
Bersama Paiman kini sudah bergelar usahawan
Memiliki tiga pintu dari kedai yang berderetan
Bersama Ramli dan Aishah yang tidak ketinggalan
Menonjolkan diri di dunia perniagaan
Moga akan menjadi tauladan
Pada bangsaku usah ketinggalan
Jangan hanya terus memerhatikan
Di bumi sendiri orang lain yang mengaut kekayaan
Tak kan melayu nak menjadi kuli
Di negara yang kita adalah tuan....
Nukilan Pancil Tumpul:20/9/12
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment