Sunday, 4 November 2012
CINTA TAK BERWAJAH
BAB 3 : KASIH MEMBELAI SAYANG DI PANTAI P.D.
Dalam perjalanan menuju ke pantai PD sempat juga mereka singgah di kedai menjual pakaian untuk membeli persalinan baru bagi menggantikan pakaian yang sudah seharian mereka pakai.Setelah membeli pakaian dalam masing-masing dan membuat pembayaran,merekapun memilih pula untuk membeli pakaian diri.Anggerik telah membelikan Ismadi sehelai jean Levi's stone wash bewarna biru yang ratusan ringgit juga harganya.Dan sehelai baju T blue navy dari kain kapas.
"Kenapa nak beli yang mahal-mahal ni Ag..seluar dan baju Iss banyak lagi yang belum berpakai kat rumah tu.."Ismadi cuba menahan Aggerik dari terlalu memilih jenama yang bukan murah harganya.Terasa tak selesa juga dirinya bila seorang gadis ingin berbelanja besar membeli pakaian buat dirinya.
"Ag..pilih yang biasa-biasa jelah..lagipun kita dah nak balikkan..cuma nak pakai sekejap je..",Ismadi masih cuba menahan,namun Anggerik tetap dengan kemahuannya.
"Alah Iss nie..takpelah..yang penting Iss nampak segak dan bergaya dengan pakaian nie..dan kalau makwa-makwa lain tertoleh-toleh pada Iss..nahhh..siapa yang bangga..Ag jugakan..",pujuknya dalam senyuman.
"Hmm..iyalah tu..kalau ada yang nak mengorat Iss nanti..siapa pula yang jeles..?"Ismadi menjawap sambil berseloroh.
"Hah..lagi Ag bangga..sebab itu tandanya pakwa Ag nie menawan..heeheehee",Anggerik Rimba membalas semula dalam nada tawa manjanya.Sempat juga di picitnya hidung Ismadi.Dalam sekelip mata saja kelihatan perhubungan mereka seperti pasangan kekasih yang sudah lama bercinta.
"Nah cepat gi tukar..Ag pun nak beli untuk Ag ni..",beriya-iya Ag meminta Ismadi menuruti kehendaknya.Dalam perasaan serba tak kena akhirnya Ismadi terpaksa juga mengalah,di ambilnya pakaian itu dari Ag untuk di cuba di bilik persalinan kedai tersebut.Sementara itu Ag terus saja memilih pakaian yang ingin di belinya untuk diri sendiri.Seketika kemudia,Ismadi pun datang kembali kepadanya memperagakan pakai baru yang sungguh secocok dengan tubuhnya.Ag yang melihat Ismadi berpakai sebegitu tersenyum lebar,meneliti buah hatinya dari hujung rambut hingga kehujung kaki.Tak puas-puas menatap ketampanan jejaka idamannya.
"Hmm..dahlah tu..jangan pandang lama sangat nanti jemu..,hmmm ok tak..?",tanya Ismadi meminta pendapat dari Anggerik.Walaupun nada suaranya bersahaja,namun terasa juga bangga dihatinya melihatkan renungan mata Anggerik yang seperti tak puas-puas menatap dirinya.
"Oklah sayang..ok sesangat ni..kacak,tampan dan bergaya..heehehe,,"balas Ag dalam tawa manis dan senyuman meleret.Sambil memusingkan tubuh Ismadi beberapa kali untuk meneliti lagi dari segenap sudut.Ismadi juga tersenyum puas dan tertawa senang dengan tindakan Ag yang memperlakukan dirinya seperti seorang peragawan dan Ag adalah pereka fasyennya.Setelah puas meneliti Ag menunjukkan isyarat tangan tanda bagus padanya.Kemudian Anggerik menyambung semula kerjanya memilih pakaian buat diri sendiri.Sehelai skirt jean singkat paras atas lutut dan sehelai baju T yang sama dengan Ismadi.Namun Ismadi membantah pembelian skirt tersebut dan menyarankan kepadanya untuk membeli juga sehelai seluar jean wanita yang berjenama sama dengannya.Hendak tak hendak kini giliran Anggerik pula terpaksa mengikut kemahuannya.Walaupun dengan lagak membantah namun Ag tetap akur dan terus ke bilik persalinan untuk menukar pakaian yang dah mula berbau ditubuhnya.Setelah selesai berpakaian,Aggerik pun melangkah keluar dari bilik persalinan dengan gaya seorang peragawati berjalan cat walk ke arah Ismadi.Begitulah telatah mereka,bergurau senda dan usik mengusik di antara satu sama lain.Nampak sungguh bahagia dan gembira.Sehinggakan pembantu-pembantu kedai dan orang ramai yang berada di sana juga turut dapat merasakan kegembiraan mereka.Bersama-sama tersenyum dan bertepuk tangan melihat telatah Anggerik yang sedikit mencuit hati.Anggerik yang tersipu-sipu malu pantas mendapatkan Ismadi,Sambil sebelah tangannya memaut pinggang Ismadi,dia membongkokkan sedikit tubuhnya seperti memberikan tanda hormat kepada mereka yang bertepuk tangan itu.Dan tanpa rasa malu terus saja mencium pipi Ismadi semahunya.
"Dah lah Ag..hmm you ni..jom gi bayar..dah lewatlah..",katanya pada Ag dengan mukanya yang sudah kemerahan menawan rasa malu.Ag hanya tersenyum manja bersahaja,memaut tangan Ismadi dan menariknya ke tempat pembayaran.Ag ingin membayar semua apa yang mereka beli,tapi Ismadi berkeras agar Ag membayar untuk barangnya dan dia membayar pula untuk barangan Ag.Barulah adil katanya,sama-sama memberi dan menerima hadiah tanda bermulanya perhubungan di antara mereka.Anggerik tersenyum dan mengangguk tanda setuju.Dengan pakaian yang sudah terlekat di tubuh terpaksalah memberikan sedikit kesusahan kepada juruwang untuk mengimbas tanda harga,namun mereka telah melakukannya dalam suasana mesra dan ceria.
"Mujur juga pakaian dalam dah bayar awal-awal..kalau tidak..hmmm boleh tengok wayang free..",tiba-tiba bersuara seorang pekerja lelaki yang membantu juru wang tersebut.Di sambut dengan helai tawa yang lain penuh ceria.Setelah selesai membuat pembayaran,merekapun berlalu dari kedai tersebut dengan wajah yang amat ceria.Terutamanya di wajah Anggerik yang tak putus-putus dengan senyuman.Sesungguhnya di hati Anggerik Rimba merasai kebahgiaan yang sukar untuk diperkatakan.Kebahgiaannya yang sudah bertahun-tahun menghilang kini telah hadir kembali.Terasa amat gembira di hatinya,memaut erat lengan Ismadi berjalan beriringan menuju ke kereta.Ismadi yang sedari mula cuba menahan perasaan juga sudah larut bersama kebahgiaan dan kegembiraan yang di bawa Anggerik Rimba.Terasa juga kini di hatinya yang dia juga menyukai suasana penuh kejutan yang di alaminya bersama Anggerik.Namun mampukah dia menerima sepenuhnya kehadiran Ag dalam hidupnya pasti kan menjadi persoalan.
Setelah menghidupkan injin kereta, lalu Ismadipun teruslah memandu menuju ke tepian pantai PD.Jam sudahpun menunjukkan pukul 4.00pm,suasana di pantai PD masih lagi meriah dengan bilangan pengunjung yang agak ramai di sana.Sesudah meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya,mereka pun teruslah berpimpinan tangan menghayun langkah menyusuri pantai.Sambil itu mereka berbicara dan bergurau senda.Sesekali terdengar daraian tawa gemersik yang melihatkan kebahagia di hati mereka.Lantaran masih ramai pengujung di pantai itu,mereka terus saja melangkah mencari tempat lain untuk melabuhkan punggung.Sehinggalah membawa mereka ke pengghujung pantai yang kurang pengunjung.Mereka melabuhkan punggung di bebatuan yang banyak terdapat di sana.Lebih tenang dan aman dari keriuhan pengunjung pantai yang lain.Menikmati hembusan angin laut dan memandang permukaan lautan biru yang beralun.Sungguh mengasyikkan.Angerik Rimba seakan ingin terlena, menyandarkan dirinya di dalam dakapan Ismadi.Nyanyian burung camar memekik nyaring dan deburan ombak memecah pantai,seolah-olah satu kumpulan okestra mengalunkan irama yang amat mengasyikkan.Anggerik menarik tangan Ismadi untuk mendakap lebih erat tubuhnya.Mereka membisu di situ..tanpa suara,seperti sedang melayani perasaan masing-masing.Cuma sentuhan tubuh mereka saja yang menyedarkan bahawa mereka masih bersama.
"Ag..nape you pilih Iss..apa yang you pandang pada Iss nie..",tiba-tiba Ismadi bersuara.
"Entahlah Iss..susah Ag nak jawap pertanyaan tu..hanya hati Ag saja yang tahu..",balas Ag.
"Tapi Ag dapat merasakan yang you banyak keistimewaannya.."sambungnya lagi.
"Istimewa..?..istimewa yang macammana pulak ni..hmm..Ag..Ag.."Ismadi menyampuk sambil tertawa kecil.Apalah yang istimewanya pada dirinya,hanya seorang insan biasa yang tak berapa di kenali.
"hmm..contohnya seperti malam tadi.."kata Ag seterusnya.
"Malam tadi..?nape malam tadi.."pantas Ismadi bertanya dalam keraguan.
"Ya lah..malam tadi..cukup menjelaskan betapa istimewanya Iss sebagai seorang lelaki.."sambung Ag lagi.Semakin bingung Ismadi memikirkan tentang apakah sebenarnya yang tersirat di fikiran Ag.Di lihatnya Ag tersenyum-senyum menatap wajahnya.Sambil jari- jemari Ag mengusap lembut pipinya,Ag pun berkata..
"Iss..bukan semua lelaki boleh bersikap seperti keperibadian you malam tadi tau..kat bilik hotel tu..Ag sendiri masih lagi tak percaya yang Iss langsung tak mengambil kesempatan keatas diri Ag..,nak di katakan Iss tak bernafsu atau tak berkeupayaan..hmm..Ag sendiri dah tersentuh dan rasa betapa terangsangnya Iss masa tu.."kata Ag dalam senyuman penuh makna.
"Malam tadi Iss tidur hanya berseluar dalamkan..?"sambung Ag lagi dalam nada pertanyaan .Iss hanya mengiyakan saja kata-kata Ag itu.Teringat kembali olehnya peristiwa di antara dia dan Ag di bilik hotel malam tadi.Memang sebelum tidur dia sudah menanggalkan seluar jean yang di pakainya demi untuk keselesaan.Dan ketika Ag tidur bersebelahan dengannya yang kadang-kala naik menghimpit tubuhnya,tiada banyak penghadang yang menghalang dari tubuh mereka bersapaan.Pakaian Ag dari kain lembut dan nipis juga membenarkan di antara mereka merasai bonjolan-bonjolan yang ada di tubuh mereka masing-masing.Sememangnya dia juga merasa amat terangsang akan sentuhan seorang perempuan pada waktu itu.Tambah-tambah ketika dia berpura-pura sudah tidur, terasa jari jemari Ag yang merayap dan meramas-ramas lembut senjata sulitnya.Fahamlah Ismadi akan apa yang ingin di perkatakan oleh Ag tentangnya.
"Hmm..jadi apa maksud sebenar Ag..",Ismadi sekadar bertanya, sedangkan dia sudah tahu apa jawapan yang akan di berikan oleh Ag.
"Iss..kira-kiranya you ni orang beriman juga kan..,"tiba-tiba Ag menyatakan pandangannya.Tergelak Ismadi mendengarnya.Kalaulah benar dia seorang yang beriman,mana mungkin dia akan tidur berdua-duaan bersama Ag.
"Nape you gelak..betul pe..kalau tak tentu kita dah projekkan malam tadi..",sambung Ag.
"Ag..sesungguhnya iman Iss ni terlalu nipis..hingga sanggup tidur bersama dengan you malam tadi..nyata sekali apa yang kita buat tu satu dosa besar..walaupun tak seberat dosa berzina..tapi dah lebih kurang juga beratnya..,"berkata Ismadi seperti sedang memberi satu ceramah.Terkedu Ag mendengarnya.
"Cuma..yalah..syukur Alhamdulillah yang Iss masih dapat mengawal nafsu Iss malam tadi..walau pun sebenarnya Iss akui yang Iss memang benar-benar dah terangsang..,Iss lelaki yang sempurna dan sihat serba serbi..punya nafsu yang sama seperti lelaki lain..cuma mungkin sebab prinsip..,"tiba-tiba Ismadi menghentikan kata-katanya.
"Prinsip..?prinsip yang macam mana Iss..,"pantas Ag meminta penjelasan.
"Untuk merasai kenikmatan sebenar perhubungan kelamin bila telah sah bernikah nanti..sebab kalau Iss dah merasainya sebelum bernikah..terasa pernikahan Iss nanti.. pasti kurang kemanisannya..tak ada lagi debaran di malam pengantin untuk merasai suatu pengalaman yang tak pernah kita rasakan..sebab kita dah rasa sebelum kawin..,"panjang lebar Ismadi membuat penjelasan.Ag yang mendengar hanya terdiam membisu.Tersentuh juga hatinya mendengar penjelasan dari Ismadi itu.Walaupun Ismadi mengakui keimanannya masih rapuh,namun prinsip yang di pegangnya sudah boleh di jadikan satu benteng yang kuat untuk mempertahankan kesucian dirinya dari ternoda atau menodai seseorang.Terasa oleh Ag betapa rendah martabat dirinya berbanding Ismadi.Bercelaru fikirannya memikirkan nasib diri sendiri.Perlahan-lahan Anggerik Rimba bangun dan meminta izin dari Ismadi untuk bermain air sendirian di gigi pantai.
"Iss..Iss tunggu sini ya..Ag nak main air kejap..,"katanya pada Ismadi.Ismadi hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.Membenarkan Ag bermain air sendirian di gigi pantai.Dia tahu yang Anggerik Rimba pasti ingin mencari ketenangan untuk dirinya sendiri.
Tinggallah Ismadi duduk bersendirian di atas batu itu sambil merenung jauh ke kebiruan laut yang luas terbentang.Terus teringat dia pada Ismaliza yang kini menetap di kota London.Entah bagaimanalah keadaannya sekarang.Kali terakhir Ismadi dapat berhubungan dengannya adalah 3 tahun lalu ketika Ismaliza masih lagi bertugas di Petronas carigali cawangan Bintulu,Serawak.Kali terakhir dia berbicara melalui talipon dengan Izmaliza adalah ketika Ismaliza akan menaiki pesawat untuk berangkat ke London.Sebelum itu Imaliza memangnya ada menyatakan keinginan untuk menerima tawaran kerja dari syarikat British Patroleum untuk bertugas di ibu pejabat mereka di London.Sebagai seorang jurutera cari gali minyak yang berkeliber,sememang Ismaliza sering menjadi buruan syarikat minyak yang lain untuk di tarik menyertai kumpulan mereka.Ismadi sudah cuba untuk menahan kekasih hatinya itu agar terus saja bekerja di syarikat Petronas di Serawak.Dia telah meluahkan hasrat hatinya untuk menyunting Ismaliza sebagai suri hidup dan sanggup untuk bertukar kerja ke Serawak demi untuk hidup bahagia bersama-sama dengannya.Tidak mahu dia berpisah apatah lagi berkemungkinan akan kehilangan buah hatinya itu.Sejak dari sekolah menengah lagi mereka bercinta.Sama-sama mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM.Dia telah di terima masuk untuk metrik di Universiti Kebangsaan manakala Ismaliza telah mendapat biasiswa Petronas untuk menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat dalam bidang mechanical engineering.Walau pun mereka terpisah sebegitu jauh namun cinta mereka terus terpupuk dengan elok.Sama-sama memberi perangsang di antara satu sama lain dalam menimba ilmu demi masa depan yang cemerlang.Ismadi berjaya memperolehi ijazahnya dalam bidang ukur bahan dan mendapat pekerjaan sabagai seorang jurutera di salah sebuah agensi kerajaan.Begitu juga dengan Ismaliza yang pulang semula ke tanah air bersama segulung ijazah kepujian dalam bidangnya dan terus saja di terima bekerja di Petronas cawangan Terengganu.Bertambah mendalam dan membara cinta mereka apabila bertemu kembali di tanah air.Apabila ada masa yang mengizinkan pasti mereka akan bertemu janji dan memupuk lebih erat lagi kasih di antara mereka.Ketika itu mereka sudah mula merancang untuk mengakhiri zaman bujang masing-masing dan sudah bersedia untuk berumah tangga.Namun dalam mereka merancang,Ismaliza telah di tukarkan untuk mengetuai satu team cari gali minyak di Bintulu serawak.Tertangguh sementara perancangan mereka dan sekali lagi mereka terpisah.Lantaran menerima tugasan yang amat berat,Ismaliza memintanya menangguhkan dulu perancangan mereka untuk bertunang.Dengan Ismaliza yang berada di Serawak dan Ismadi yang bertugas di Semenanjung hanya Internet dan talipon saja yang menjadi penghubung kasih sayang mereka.Cuma sekali sekala Ismaliza yang bercuti akan balik ke Semenanjung dan Ismadi juga ada beberapa kali pergi keSerawak bertemu dengannya.
Teringat semula Ismadi pada satu kenangan ketika dia dan Ismaliza menginap di salah sebuah hotel di Bintulu.Kenangan yang se akan sama dengan apa yang di alami bersama Anggerik Rimba malam tadi.Satu kejadian yang hampir menjuruskan dirinya melakukan hubungan terlarang.Setelah agak lama tak bertemu,Ismadi telah mengambil keputusan untuk terbang keSerawak bertemu dengan Ismaliza.Dan pada malam hari pertemuan itu mereka telah bersetuju untuk menginap bersama-sama di salah sebuah hotel di sana.Terasa tak terlepas lagi kerinduan di hati masing-masing dengan hanya berpeleseran di luar.Lagipun Ismadi hanya sampai ke Bintulu pada sebelah petangnya.Jadi untuk tetap terus memadu kasih,mereka memutuskan untuk menyambungnya di bilik hotel.Dalam suasana malam yang amat romantis,dengan kehangatan cinta yang hangat membara di jiwa,mereka tenggelam dalam lautan kasih yang tak bertepi.Sehingga dalam tak sedar,sudah tiada seurat benangpun di tubuh masing-masing.Mungkin lantaran kehangatan cinta yang di rasai,maka di lucutkan semua pakaian di tubuh.Meraka benar-benar asyik dan selesa berkeadaan begitu.Seolah-olah tidak mengizinkan apa jua dari menghalang mereka untuk bersatu.Biar seluruh tubuh mereka menyatu.Kulit bertemu kulit tanpa berlapik.Ingin di nikmati kehangatan di tubuh masing-masing.Merasai degupan jantung di dada masing-masing.Dengan tubuh yang kian berkeringat walaupun di dalam dingin pendingin udara.Berpelukan,berkucupan..hilang suara.Hanya bahasa-bahasa tubuh yang berbicara.Hanya terdegar suara degusan nafas yang kian tak teratur.Rengekkan-rengekkan manja yang minta di belai.Sehinggalah pada suatu saat yang membuatkan Ismadi sudah terlupa siapa dirinya.Tika nafsu syahwat sudah menguasai diri dan bermaharajalela.Sudah bersiap sedia untuk meneruskankan permainan cintanya yang terakhir.Dengan pintu nikmat yang yang sudah di kuakkan untuk menerobos kedalam mencari rahsianya.Ketika itu,dalam mata mereka yang sudah redup dan kuyu menyapa dan memberi erti tentang kepasrahan dan rela merelakan akan apa yang akan di terjadi..
"Iss..Lis takut.."tiba-tiba Ismaliza bersuara.Terkejut Ismadi mendengar suara itu.Seolah-olah baru terjaga dari satu mimpi yang Indah.Terhenti seketika pergerakannya.Pantas fikirannya menguasi diri,tersedar dari cengkaman nafsu yang sudah mengawal dirinya sebentar tadi.Posisinya sudah benar-benar dalam siap sedia untuk meneruskan permainan.
"Lis..Iss tak tahan..,Lis tak nak teruskan ke..?"Ismadi memamdang sayu kedalam mata Ismaliza seolah-olah memohon simpati.Namun pemikirannya perlahan-lahan kembali normal.
"Lis nak sayang..nak sangat..Lis pun tak tahan nak rasa..,tapi Lis takuttt.."balas Ismaliza dalam nada suara yang timbul tenggelam.Sesungguhnya Ismaliza juga sudah benar-benar terangsang dengan permainan mereka sendiri dan dia amat rela dengan apa saja yang akan di lakukan Ismadi padanya.Bukan kerana kasih dan sayangnya yang amat mendalam saja yang menjadi penyebab.Sesungguhnya dia sudah benar-benar khayal dengan permainan Ismadi dan kenikmatan yang di rasainya.Matanya menatap kembali dengan lembut dan kuyu se olah-olah merayu Ismadi untuk meneruskan saja permainannya.Tapi Ismadi yang sudah mula tersedar telah mampu menguasai kembali dirinya.Namun demi kasihnya pada Ismaliza dia harus bertanyakan pendapat Ismaliza dahulu samada perlu di hentikan permainan ini atau sama-sama mereka menanggung akibatnya.
"Lis..kalau Lis takut..kita stop dulu ya..kita relax dulu..k..",Ismadi memberi satu cadangan pada Lis.Bertutur dengan nada suara yang cukup lembut seperti memujuk.Dalam keadaan sebegini dia perlu berhati-hati untuk menghentikan perjalanan yang sudah agak laju.Tak boleh di hentikan serta merta..perlu perlahan-lahan bagi mengimbangi suasana.Sambil itu di kucupnya lembut dan mesra sekali dahi Ismaliza,meluahkan rasa kasih sejatinya pada gadis itu.Di lihatnya Ismaliza sedikit tersenyum.Ada genangan air di kolam matanya.Pantas Ismadi mengucup kedua-dua kelopak mata Ismaliza.Dan akhirnya berciuman mulut yang amat mengasikkan.
"Sori ya Iss..bukan Lis tak nak or tak rela..Lis rela apapun Iss nak buat pada Liss..",katanya pada Ismadi.Terasa bersalah juga dia kerna menyatakan ketakutannya tadi.Maklumlah dia masih dara dan tak sangka akan berhadapan dengan suasana sebegitu.
"Takpe sayang..Iss tak kesah..nasib baik juga Lis takut..kalau tidak kita pasti dah terlanjur..",balas Ismadi dalam senyuman memujuk hati.
"Emmm..kalau terlanjur pun Lis tak kesah..asal Iss bahagia..Lis rela.. sayang..kalau Iss nak teruskan juga..Lis sedia..,"Ismaliza sebenarnya sudah pasrah akan apa yang akan terjadi sebentar tadi,ketakutannya tadi bukan bermakna dia ingin permainan itu terhenti.Tapi Ismadi sudah mengambil keputusan untuk menghentikan permainan itu.Tak sanggup di teruskannya setelah tersedar yang dia bakal memusnahkan mahkota wanita yang amat di cintainya, tanpa ada ikatan yang sah.Di sinilah terletak kemampuan dirinya yang sebenar sebagai pelindung kepada kaum wanita yang lemah.
"Lis..kita kawin cepat-cepat ya sayang..nanti kita boleh melakukannya tanpa rasa takut..",Ismadi memujuk lagi dengan saikologi,agar Ismaliza tersedar dari cengkaman gelora nafsunya.Salahnya juga yang telah memperlakukan Ismaliza dengan penuh erotik yang menggoda sehingga menenggelamkan dirinya dan Ismaliza kedalam lautan nafsu yang bergelora.
"Emmm..kalau Iss dah kata begitu..alhamdulillah..Lis ni kaum yang lemah..Lis ikut saja apa yang Iss fikirkan baik demi perhubungan kita..,Iss lah yang akan membimbing dan menjaga Lis..,tak ada lelaki lain, selain Iss bagi Lis..",tutur Ismaliza dalam nada terharu sambil memeluk tubuh Ismadi sekuat-kuat hatinya.Dan tak semena-mena dia mula menangis teresak-esak.Mungkin sudah mula tersedar dan menyesali atas apa yang telah terjadi..
Terngiyang-ngiyang lagi di telinga Ismadi akan kata-kata Ismaliza itu.Kalaulah benar hanya dia yang di harapkan oleh Ismaliza untuk menjaga dan membimbing dirinya ,kini di manakah dia.Mengapa dia menghilangkan diri,menyepi tanpa berita.Sudah lebih 3 tahun di tunggu dan di rinduinya.Apakah Ismaliza masih seperti dulu yang menganggap dialah saja lelaki yang bertahta di hatinya.Atau mungkinkah Ismaliza sudah berubah arah...
"Iss...hey..Iss..jauhnya melamun..ingat siapa nie..",tiba-tiba suara Ag telah menghentikan lamunannya.Sudah agak tenggelam dirinya tadi dalam ingatan mengingati Ismaliza.Langsung dia tak menyedari entah bila Anggerik Rimba sudah kembali berada di sisinya.Agak termanggu-manggu dia menatap wajah Anggerik Rimba.Anggerik Rimba hanya tersenyum-senyum memandangnya.
"Hmm...Iss ingat buah hati ya..",Ag cuba menyerkap..
"Hiss..taklah..Iss mana ada siapa yang nak..",balasnya kembali tersipu-sipu.
"Habis tu yang Iss melamun panjang merenung jauh tu..Iss ingat siapa..?",tanya Ag lagi meminta penjelasan.
"Iss..sedang berfikir je..",balas Ismadi pantas,menyembunyikan apa yang bermain di fikirannya sebentar tadi dari Anggerik.
"Ag camne..dah ok ke..",tanya Ismadi kembali kepada Ag untuk menukar topik perbincangan mereka.
"Ok..",Jawap Ag pendek.Perlahan-lahan melabuhkan punggungnya di celah ribaan Ismadi.Menyandarkan tubuhnya dan mengharapkan dakapan mesra dari Ismadi.Terasa tenang dan damai jiwanya berada di pelukan pujaan hatinya itu.Suasana petang yang menghampiri senja itu sungguh indah sekali.Tiupan angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa dengan cuaca yang sudah terasa mendingin amat mengasyikkan.
"Lihat tu Ag..lukisan rona senja sudah mula terlakar..sudah nampak bayang-bayang merah jingga di kaki langit..cantikkan..",Ismadi berbicara dengan lembut.Seolah-olah sedang berbisik di telinga Anggerik.Ag memalingkan wajahnya memandang seketika pada Ismadi.Menganggukkan kepalanya dengan senyuman yang sungguh lembut di wajah.Kemudian berpaling kembali menatap keindahan saat mentari kan mula melabuhkan diri di dada malam.Memang amat memukau pandangan dan amat membahgiakan jiwa Ag yang begitu asyik menerima belaian kasih Ismadi pada ketika itu.
"Iss..Ag rasa bahgia sangat..tak pernah Ag rasa sebahagia ini..walaupun tika bersama bekas tunangan Ag dulu..",tiba-tiba Ag bersuara sambil berpaling merenung wajah Ismadi.Perlahan-lahan Ismadi mengucup lembut dahi Ag.Satu kucupan yang penuh kasih sayang.Tah dari mana timbulnya perasaan itu Ismadi pun tak pasti.Tapi terasa ingin di berikan kebahagian pada gadis yang mengharapkan kasihnya itu.Di lihatnya kedalam mata Ag yang kelihat sayu dan berkaca-kaca.Mungkin ada perasaan terharu di hati Ag.
"Terima kasih sayang..",tutur Ag lembut sambil menghadiah sekilas ciuman di pipi Ismadi.Terasa sayu di hati Ag bila Ismadi melayannya selembut itu.Bergenangan air matanya,dan pantas ia memalingkan wajah menatap keindahan rona senja.Ismadi yang menyedari kesayuan di hati Ag pantas mengeratkan lagi pelukan,memberikan ketenangan pada jiwa Ag.Dan mereka pun kembali membisu tanpa suara.Menghayati saat-saat yang cukup indah tika matahari yang kian tenggelam,seolah-olah sedang membenamkan dirinya kedasar lautan.Suasana sekeling pun sudah mula berbalam ,tanda giliran malam akan bermula menggantikan siang.
"Jom Ag..hari dah mula gelap ni..kita berangsur ya..",Ismadi bersuara memberi saranan.Ag mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju.Dan mereka pun beredarlah dari situ,berpimpinan tangan menuju ke kereta.
"Kita terus balik je ya..",kata Ismadi kepada Ag sambil tangannya berusaha menghidupkan injin kereta.
"Ok..Ag ikut je..",balas Ag dengan senyuman.Tiada apa lagi yang di harapkan,sudah lebih dari cukup baginya atas apa yang sudah di berikan oleh Ismadi kepadanya sepanjang mereka berduaan.Sudah terubat segala dukanya kini,dan sudah penuh kebahagiaan di jiwanya.Di wajahnya juga sudah tak putus-putus di hias senyuman.Ismadi sendiri ada senyuman yang tersendiri di wajahnya.Dia juga merasa bahagia dan gembira bila melihatkan kebahgiaan dan kegembiraan terpancar di wajah Anggerik Rimba.
"Iss..Ag nak tidur kejap ya..malam tadi Ag tak tidur betul..",Ag bersuara dengan lembut meminta keizinan dari Ismadi.Sambil di labuhkan telapak tangannya di peha Ismadi dan meramas-ramas lembut.Walau pun dia ingin tidur,namun dia tak ingin terputus sentuhan dengan Ismadi.Ismadi menangkap tangan Ag itu dan meramasnya kembali.
"Tidurlah Ag..bila dah sampai nanti Iss kejut ya..cuma mungkin kita akan berhenti makan sekejap di restoran berhampiran taman perumahan kita..",balasnya sambil terus memandu kereta untuk menuju pulang ke taman perumahan mereka.Setelah hampir tiba di tempat mereka tinggal,Ismadi telah menghentikan kereta di sebuah restoran untuk mereka makan malam.Dan setelah selesai menjamu selera,mereka pun terus segera beredar.
"Ag..you bawaklah..nanti sampai kat rumah Iss terus turun je..",kata Ismadi ketika mereka sampai kekereta.Di serahkannya kunci kereta kepada Anggerik.Anggerik yang memahami,terus saja menyambut kunci kereta itu dan mereka pun terus beredar menuju kerumah Ismadi.Setelah sampai di perkarangan rumah Ismadi,Anggerik pun menghentikan keretanya.Sebelum Ismadi melangkah keluar dari kereta sempatlah mereka bersalam-salaman dan berbalas-balas kucupan.
"Iss.. thanks a lot..",kata Ag sambil menggenggam erat tangan Ismadi.Rasa tak sanggup rasanya dia untuk berpisah dengan pujaan hatinya itu.Ismadi hanya membalasnya dengan senyuman.
"Ag..kita berpisah untuk sementara je kan..nanti kita boleh jumpa lagi..kee.. you nak masuk tidur kat rumah Iss..",
kata Ismadi sambil berseloroh,untuk meredakan tekanan perasaan Ag.
"Nak ke..Ag tidur di sini..",balas Ag pantas,seolah mengacah..
"Hmm...kena jumpa tok kadi dulu lah..",balas Ismadi sambil tertawa kecil.
"Ok..nanti Iss bawa Ag ya..",Ag pula menjawap.Mereka saling tertawa tanpa makna.Sebenarnya ada rasa kekosongan dalam jiwa mereka ketika itu.
"Oklah dear..Iss masuk dulu ya..nanti kita jumpa lagi..",Ismadi akhirnya bersuara membuat keputusan.Di ciumnya pipi Ag tanda salam perpisahan.Ag masih terus menggenggam kemas jemari Ismadi.Kemudian di kucupnya tangan Ismadi itu sepuas-puasnya dan di cium pula kedua belah pipi Ismadi.
"Ok sayang..good nite sayang..janji dengan Ag..kita date lagi k..",katanya pada Ismadi dengan air mata yang mula bergenangan.Ismadi mengangguk-anggukkan kepala,sambil tangannya menyentuh lembut pipi Ag.
"Ya Ag..Iss janji..but now..let me go..ok..",sekilas lagi di kucupnya dahi Ag.
"Ok dear..,good nite to you too..",katanya buat terakhir kali kepada Anggerik rimba dan terus melangkah keluar dari kereta.Dan akhirnya mereka berpisah di situ......
TAMAT BAB 3....NANTIKAN BAB 4-TENGGELAM DI BADAI PERASAAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment