KEMBALI
Tika para pencinta sedang asyik melakar rindu di gelap malam
Kau tiba-tiba menelefon ku dari dunia mu yang terang
Esok aku mahu pulang, sayang.
Kepangkuanmu yang sabar menunggu
Selama aku hilang
Kau kata :
Tujuh lautan telah ku selam dalam
Tujuh benua telah ku ukur rata
Apa yang ku cari tidak terjumpa
Rupanya tersorok di depan mata
Kau kata lagi :
Memang aku telah merasa
Segala perempuan dan betina
Tapi nikmatnya setipis kaca
Rapuh berderai tidak terasa
Dalam tangis kau menyerah
Kau sudah bertemu diri dicari
Dan kau juga terjumpa aku
Tersangkut di pintu hatimu
Aku kata :
Baiklah sayang
Pulanglah segera
Aku begini sahaja, tetap setia
Masih belum dipunya sesiapa
Suaramu gembira seolah dunia sedang menjulangmu ke syurga
Aku letak telefon dan diam-diam mengesat air mata
Darah-darah duka antara parut-parut lama ku sental bersih dengan harapan jiwa
Perlahan-lahan aku telanjangi diri
Dan membongkar kamar-kamar hati
Aku lepaskan semua penghuni
Yang menemani aku selama kau pergi.
Nukilan : Aria Sukmajiwa
No comments:
Post a Comment