Monday, 3 December 2012

DUA KALI LIMA

Dua kali lima..
Jawapannya..
Sepuluh..

Lima kali dua..
Jawapannya..
Sepuluh juga..

Paku dulang..
Paku serpih..
Mengata orang..
Dia yang lebih..

Aku dengan engkau
Sama sahaja
Kita suka bergurau senda
Kadang kala
Terkasar bahasa
Kadang kala
Lidah berdusta
Bukan di sengaja
Mungkin hanya
Penyeri senda..

Namun jangan terbiasa
Untuk berdusta bermain bicara
Awalannya di anggap suka-suka
Akhirnya nanti diri di cerca..

Tak tumbuh..
Tak melata..
Tak sungguh..
Masakan orang nak kata..
Jadi berwaspadalah kita bersama
Dalam pertarungan bertikam kata
Jangan bila sudah terlalu suka
Ada pula hati yang terluka....

Nukilan Pancil Tumpul : 4/12/2012.



No comments:

Post a Comment