Tuesday, 4 December 2012


KEPERBEZAAN.

Meniti Tabir malam..
Banyak tamu yang tak diundang..
Merangkak menghampiriku..
Tak tertepis lagi..
Masih mahu menagih simpati..
Entah apa yang di hajati..

Tak ku inginkan kehadiranmu..
Pergilah dari sisiku..
Tak mahu memberi apa yang kau mahu..
Usah di pinta lagi apapun dariku..
Takkan ku layan helahmu..
Sudah-sudahlah tipu muslihatmu padaku..

Bukan dariku,kau kan dapat keinginanmu..
Mintalah dari yang sanggup melayan kerenahmu..
Untuk apa lagi mendekatiku..
Pergilah kamu dari menghadapku..
Bukan aku nak benci padamu..
Tapi apalah yang kau kan dapat dariku untukmu..

Sepantasnya kau tahu...aku pun tahu..
Engkau dan aku tidak sebulu..
Keinginanmu tak sama dengan kemahuanku..
Mana bisa kau dan aku kan bersatu..
Pergi sajalah kau dari depanku..
Pergilah dakap siapa yang mahu menghargaimu..

Kerna aku masih tak pasti lagi
... apa sebenarnya mahuku......

Nukilan;Pancil Tumpul-4/12/2012.

No comments:

Post a Comment