UNSUR KEJADIAN.
Terbersin aku..
Alhamdulillah..
Terpercik air ke cermin komputerku..
MasyaAllah..
Indahnya warna itu..
Subhanallah..
Terjadi dari gabungan air dan cahaya..
Sungguh menyerlah..
Bagaikan warna pelangi..
Yang terjadi selepas hujan
Ampaian air yang membias cahaya
Menjadi tujuh lapisan berwarna
Sungguh bermakna
Terdapat rahsia di sebaliknya
Juga pengajaran yang berguna
Perlulah akal mendalaminya..
Ciptaan Ilahi penuh makna
Dari yang tersurat pada zahir
Terdapat inti yang tersirat juga
Menyuruh minda mengkajinya
Mengupas cerita di balik kejadiannya
Apakah dzat dari usul lahirnya
Di mana batin yang menguatkannya
Mengetahui dari satu menjadi dua
Pecahannya merata..
Bukan sekadar sehelai rambut
Di belah tujuh.. mengapa......
Nukilan Pancil Tumpul : 16/12/2012.
No comments:
Post a Comment