Wednesday, 5 December 2012
RINDUKU HAKIKI.
Semakin malam kian larut..
Semakin hatiku jua melarut..
Tenggelam di dalam telaga rindu..
Yang entah di mana dasarnya..
Temali timba tuk mencedok isinya..
Tah di mana penghujungnya..
Tak tersentuh...tak tercapai jua..
Ahh..terlalu dalam rindu ini..
Rindu apakah ini..
Rindu yang tak berinti pati..
Namun rasa rindu setengah mati..
Tak terkendali..menghempas diri..
Tergeliat ke kanan ke kiri..
Hingga sujud menonggeng kini..
Huuhu..apa nak jadi..
Tak terfikir malunya diri..
Teman-teman tertawa memerhati..
Bergulingan tertawa tak henti-henti..
Langsung tak mahu simpati..
Menjuih bibir semacam perli..
Apa aku peduli..kerna rinduku rindu hakiki..
Nukilan Pancil Tumpul-5/12/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment