Sunday, 9 December 2012


~~Engkau Hadir Lagi~~

Hadirmu tidak pernah kunanti
walau bermusim takkan pernah kurindui
tidak mahu juga kujejaki
walau engkau sentiasa menanti

Semalam...
engkau datang lagi menyapa rindu
menyelinap pada rongga tubuhku
mengulit setiap inci kulitku
hingga aku lemah dalam dakapanmu

Belaianmu mendekap seluruh anggotaku
hangat walau dinihari menghampiri
meniti setiap sendi yang mampu kau selusuri
tak mampu lagi aku berdiri
walau cuma untuk menunjang diri
lemah...rebah...
terbaringlah aku di kamar sepi

Namun aku tahu
hadirmu membawa erti
bagi insan yang mahu mengerti
kurniaanNya untuk insan dicintai

Entah bilakah engkaukan pergi
tidak sanggup rasanya terus begini
namun aku akur kehendak Ilahi
demam ...demam...
semua pasti pernah merasai.
 —

Nukilan Hajira Redha-5/12/2012.

No comments:

Post a Comment