PULANGLAH CINTA
Pengertian sudah tiada
Ego menebal merajai diri
Usah engkau meyalahkan aku
Kerana aku tidak mampu
Menjadi seperti maumu
Berlalulah sayangku
Dan aku tidak akan menghalangi
Jika itu maumu..
Aku terima..
Pergilah…aku ikhlas
Melepaskanmu
Jangan ada derai
Airmata menitis
Diantara bening
Dimatamu dan mataku
Simpanlah rimbun kenangan
Saat-saat indah bersama
Dalam Canda dan tawa
Menghiasi mahligai kisah
Maafkan aku
Kasih dan waktu
Tidak lagi kita kongsi
Biarlah sepi
Menemani hari
Seperti aksaraku
Yang telah terhenti…
No comments:
Post a Comment